Kenyataan keluar pemimpin Pemuda PAS disalah faham, kata Suhaizan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Kenyataan keluar pemimpin Pemuda PAS disalah faham, kata Suhaizan

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata niat timbalannya Mohd Khairil Nizam Khiruddin adalah untuk mengelakkan tekanan jatuh kepada PAS sehingga parti menukar fikiran. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 September, 2014.
Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat menyifatkan kenyataan keluar Pakatan Rakyat oleh timbalannya Mohd Khairil Nizam Khiruddin disalah faham selepas mendapat kritikan hebat daripada PKR dan DAP.

Suhaizan sebaliknya mengatakan kenyataan tersebut bertujuan mengelakkan tekanan kepada PAS kerana pendirian yang berbeza.

"Niat beliau yang sebenar untuk mengelakkan tekanan kepada PAS sehingga PAS bertukar fikiran.

"Keadaan ini akan menghampakan rakyat Malaysia," kata Suhaizan dalam satu kenyataan hari ini.
Suhaizan juga menafikan kenyataan timbalannya itu berkaitan dengan krisis yang berlaku di Selangor.

"Kenyataan ini tiada kaitan dengan krisis MB Selangor atau pelantikan exco kerajaan negeri Selangor," katanya.

Beliau juga berkata sudah menghubungi ketua pemuda kedua-dua parti bagi menyelesaikan salah faham tersebut.

Di samping itu, Suhaizan juga menggesa pimpinan PAS dan Pakatan mengelak daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh meretakkan gabungan tersebut.

"Saya menasihatkan diri saya dan pimpinan PAS serta PR agar mengelakkan memulakan atau bertindakbalas terhadap kenyataan yang boleh meretakkan hubungan dalam PR.

"Seperti kenyataan "cerai" bagi pasangan suami isteri. Walaupun hukumnya harus tetapi Allah tidak suka perkara tersebut," katanya.

Susulan kenyataan Khairil Nizam, pihak DAP Sarawak berkata ia sebagai berakhirnya hubungan parti tersebut dengan PAS.

Malah Naib Ketua Pemuda PKR Fahmi Fadzil berkata Khairil Nizam sepatutnya menyeru anggota parti komponen kembali mengukuhkan tahaluf siyasi, bukan terus-menerus mengeluarkan kenyataan mengugut. – 28 September, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kenyataan-keluar-pemimpin-pemuda-pas-disalah-faham-kata-suhaizan#sthash.HgtHhreh.dpuf
0 Komentar untuk "Kenyataan keluar pemimpin Pemuda PAS disalah faham, kata Suhaizan "

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI