Keputusan dua Adun Pas demi tanggungjawab - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Keputusan dua Adun Pas demi tanggungjawab

PETALING JAYA - Bekas Exco DAP Selangor, Ronnie Liew menyifatkan keputusan yang diambil dua Adun Pas iaitu Adun Morib, Hasnul Baharuddin dan Adun Hulu Klang, Shaari Sungib menyokong lantikan Datuk Seri Dr Wan Aziziah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor merupakan satu tindakan yang bertanggungjawab.

Katanya lagi, tindakan dua Adun tersebut dilakukan semata-mata untuk kepentingan hubungan PR.

Dalam pada itu, beliau turut mendedahkan kandungan perbualan antara beliau dan Shaari yang dibuat melalui panggilan telefon.

"Dia (Shaari) sendiri buat panggilan dan bercakap dengan saya...

"... Katanya (Shaari), dia tidak rasa kecewa sebaliknya berasa bangga di atas tindakannya. Dia juga berkata, akan terus memberi kritikan membina ke arah penyatuan dan pengukuhan Pakatan Rakyat," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam DAP di sini, malam ini.

Malah, kata Ronnie lagi, DAP turut memberi sokongan penuh terhadap tindakan dua Adun tersebut.

Turut hadir dalan majlis tersebut ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Adun Morib, Hasnul Baharuddin dan Adun Hulu Klang, Shaari Sungib.
0 Komentar untuk "Keputusan dua Adun Pas demi tanggungjawab"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI