Shila Hamzah Risau dituduh perampas - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Shila Hamzah Risau dituduh perampas

Gambar Shila dan Johan bersama ibu masing-masing yang dimuat naik ke Instagram.

Shila ulas gosip rapat dengan pelakon Juvana

Selepas cintanya dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad, tidak kesampaian, belum ada cerita mengatakan Penyanyi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2012, Shila Amzah, sudah bertemu pengganti. 
Bagaimanapun, keadaan sedikit berubah apabila tiba-tiba kedengaran gosip mengaitkannya dengan pelakon Juvana, Johan As’asri, baru-baru ini. Semuanya timbul gara-gara gambarnya bersama bakat baru itu dimuat naik ke Instagram. 

Peminat mula mempersoalkannya sedangkan kami memang tiada hubungan istimewa” Shila Amzah, Penyanyi

Begitupun, penyanyi Patah Seribu itu cepat-cepat menegaskan, hatinya belum terbuka untuk mempunyai kekasih lain. Bahkan, dia juga enggan membuang waktu dengan bercinta lagi. Sebaliknya, jika jodoh sudah sampai nanti, dia akan terus berkahwin. 

Untuk peminat menyaksikan dirinya naik pelamin dalam masa terdekat, ia tidak mungkin terjadi kerana Shila berasakan usianya masih muda dan fokusnya sekarang adalah kerjaya, bukan mencari buah hati.


Justeru, dia sekeras-kerasnya menafikan khabar angin bertiup kencang mengatakan dirinya dan Johan pasangan kekasih.
“Jawapan saya senang saja. Saya serahkan jodoh kepada Allah dan siapa pun jodoh saya, bila tiba masa, saya akan tetap berkahwin. Ketika ini, saya memang tidak berminat mempunyai teman lelaki. Jika jodoh saya sudah sampai dan orang itu pula masuk meminang, saya terima. Bagaimanapun, biarlah kita kenal siapa diri dan keluarganya. Ia sudah memadai.

“Ramai yang nampak saya berkawan dengan Johan, padahal mereka tidak tahu saya banyak berkawan dengan orang lain. Cuma gosip bersama Johan itu timbul sebab kami sesama artis,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Hari Raya majalah gaya hidup, Lisa, di Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Risau dituduh perampas

Kata Shila, gambar itu dimuat naik ketika dia ke rumah terbuka Johan. Sewaktu hendak pulang, mereka sempat bergambar bersama ibu masing-masing.

“Saya saja main-main, ingatkan tiada apa-apa sebab masing-masing pun tengah kosong. Kemudian, peminat mula mempersoalkannya sedangkan kami memang tiada hubungan istimewa.

“Ibu kami memang berkawan baik dan sudah lama mengenali. Mereka selalu berjumpa sebelum ini, walaupun tanpa kami. Kebetulan pula, akhir-akhir ini kami menemani mereka apabila bertemu. Bagaimanapun, memang saya dan Johan kawan biasa, bukannya bercinta seperti digembar-gembur,” kata Shila.

Dedah Shila, timbul juga rasa bimbang apabila ada yang mengatakan Johan bakal bertunang. Mana tidaknya, sebagai perempuan, Shila tetap risau jika dikatakan perampas teman lelaki orang lain. 

“Mujur Johan pun berpesan supaya saya tidak perlu risau kerana kami memang benar-benar berkawan biasa,” kata Shila sambil menyatakan, jika dirinya ditakdirkan memiliki pasangan, si dia perlu mempunyai kesabaran tinggi kerana dirinya sering berulang-alik antara Malaysia dengan China.

Sementara itu, kepulangan selama seminggu lebih ke Kuala Lumpur itu juga bukan tidak bersebab. Dalam tempoh itu Shila akan menjalani penggambaran muzik video single terbaru, Masih Aku Cinta.

“Selepas penggambaran, saya akan pulang ke China dan membuat persembahan pada Chinese Idol. Kiranya, tugas ini diharap dapat memberikan impak baru terhadap kerjaya saya. Mungkin peminat akan lebih mengenali saya menerusi program itu, apatah lagi ia juga menjadi rancangan yang ditonton ramai artis di negara terbabit. 

“Saya akan persembahkan lagu temanya, A Moment Like This. Ia juga akan berkumandang pada setiap minggu, setiap kali penyingkiran berlaku dalam rancangan Chinese Idol,” ujar Shila.

Bakal muncul dengan album Melayu baru

Bercakap mengenai album, Shila berkata, produk sulungnya di China masih dalam proses pembikinan.

“Ketika ini, pihak pengurusan banyak memberikan kelonggaran sebab saya selalu balik ke sini. Justeru, mereka mahu saya selesaikan dulu album Melayu sebelum kembali memberikan tumpuan pada pengeluaran album Mandarin.

“Kami belum mempunyai tarikh untuk pelancaran album Melayu saya di sini. Mungkin pada hujung September nanti. Semua lagu sudah ada, tunggu dilancarkan saja. Sebanyak tujuh lagu Melayu dimuatkan dalam album itu, selain Patah Seribu yang dialihkan ke bahasa Mandarin.

“Saya sendiri agak penat dan tertekan, tetapi saya seronok dengan kerjaya ini. Syukurlah ini semua rezeki. Peluang yang datang bukannya selalu, jadi tidak mengapalah saya bekerja kuat pada usia muda ini. Apabila sudah berusia nanti, bolehlah berehat sikit,” katanya.


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Risaudituduhperampas/Article
0 Komentar untuk "Shila Hamzah Risau dituduh perampas"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI