AS tangguh serangan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

AS tangguh serangan

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama, kelmarin menangguhkan tindakan untuk melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Syria kononnya untuk mendapatkan lebih banyak sokongan negara antarabangsa.

Menurut Obama, operasi tersebut akan ditunda sehingga selewat-lewatnya awal bulan depan iaitu selepas Kongres meluluskan rancangan terbabit.

Bagaimanapun, pemimpin itu dengan angkuh menyatakan beliau mempunyai hak untuk menyerang Syria pada bila-bila masa tanpa mengambil kira keputusan Kongres.

Beberapa pemerhati berpendapat bahawa beliau akan menerima nasib sama seperti Perdana Menteri Britain, David Cameron yang tidak mendapat sokongan kerajaan untuk campur tangan di Syria.  

Susulan daripada keputusan itu, Timbalan Perdana Menteri Syria, Qadri Jamil memberitahu tentera rejim Bashar sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

"Kami telah mengambil segala langkah untuk berhadapan dengan pencerobohan AS dan sekutunya," katanya dalam laporan AFP.

Dalam perkembangan lain, kumpulan pemeriksa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ditugaskan untuk mengambil sampel bukti berhubung penggunaan senjata kimia di Syria memaklumkan keputusan siasatan tersebut hanya boleh diketahui selepas tiga minggu.

Ketua pemeriksa, Dr Ake Sellstrom memberitahu, semua sampel tersebut akan dianalisis secara berperingkat  dan keputusannya akan diserahkan kepada PBB sebelum didedahkan kepada umum.

http://www.sinarharian.com.my/global/as-tangguh-serangan-1.197734

Related Post

  • Nyawa rakyat Syria jadi taruhan TANGGAL 21 Ogos lalu, dunia sekali lagi dikejutkan dengan berita menggemparkan apabila seramai 1,429 penduduk di pi…
  • AS tangguh serangan WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama, kelmarin menangguhkan tindakan untuk mel…
  • AS tangguh serang Syria Obama mahu dapatkan sokongan Kongres terlebih dahulu Washington: Presiden Amerika Syarikat Barack Obama (gambar kecil)…
  • Putera Saudi dalang sebenar? PENDUDUK di kawasan Ghouta, pinggir Damsyik, mendakwa Putera Arab Saudi, Bandar Sultan Al Saud adalah dalang utama …
  • Gesa halang perang Syria KAHERAH - MESIR. Menteri Luar Liga Arab menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa …
0 Komentar untuk "AS tangguh serangan"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI