AS tangguh serang Syria - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

AS tangguh serang Syria

Obama mahu dapatkan sokongan Kongres terlebih dahulu

Washington: Presiden Amerika Syarikat Barack Obama (gambar kecil), menangguhkan rancangan untuk melancarkan serangan ke atas Syria, yang didakwa menggunakan senjata kimia, sebaliknya akan mendapatkan sokongan Kongres sebelum meneruskan niatnya.
Keputusan Obama itu secara efektif menghentikan tindakan tentera hingga sekurang-kurangnya 9 September, apabila anggota Kongres kembali daripada cuti musim panas.

Keupayaan kita melaksanakan serangan bukan bergantung kepada masa. Ia mungkin dilancarkan esok atau minggu depan, mungkin juga sebulan dari sekarang." Barack Obama, Presiden Amerika Syarikat


Langkah Obama untuk mendapatkan sokongan Kongres bakal menjadi ujian terbesar
terhadap kewibawaan beliau, berikutan tiada kepastian rancangannya akan disokong.

Malah, pemerhati memberi amaran, Obama mungkin menerima nasib sama seperti Perdana Menteri Britain, David Cameron, yang gagal dalam usulnya untuk melaksanakan tindakan ketenteraan ke atas Syria di parlimen Khamis lalu.

Obama bertegas

Obama bagaimanapun bertegas bahawa beliau berhak melancarkan serangan walau apa pun keputusan Kongres, manakala pegawai Rumah Putih berkata penangguhan itu akan membolehkan beliau mendapatkan lebih banyak sokongan.

“Pengerusi bersama ketua angkatan tentera, sudah memaklumkan kepada saya bahawa kita bersedia untuk melancarkan serangan pada bila-bila masa.

“Keupayaan kita melaksanakan serangan bukan bergantung kepada masa. Ia mungkin dilancarkan esok atau minggu depan, mungkin juga sebulan dari sekarang,” katanya.

Sekurang-kurangnya lima armada perang Amerika Syarikat dilengkapi peluru berpandu Tomahawk sudah bergerak ke bahagian timur Mediterranean dan bersedia melancarkan serangan ke atas sasaran Syria.

Pentadbiran Obama berkata, ia mempunyai maklumat perisikan bahawa rejim Syria pimpinan Presiden Bashar al-Assad melancarkan serangan kimia yang mengorbankan 1,429 orang.

Sementara itu kerajaan Syria berkata ia sudah bersedia mempertahankan negara itu daripada sebarang ancaman Barat.

“Tentera Syria sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi serangan dan apa juga cabaran,” kata Perdana Menteri, Wael al-Halqi.

Ketua Pengawal Revolusi Iran, Mohammad Ali Jafari berkata, tindakan Barat akan mencetuskan reaksi balas melampaui sempadan negara sekutunya itu.

“Jika Amerika fikir campur tangan itu hanya terhad di dalam kawasan Syria, ia adalah tidak benar kerana yang pasti kesannya akan merebak ke negara jiran,” katanya. - AFP

Related Post

  • Kapal perang Russia belayar ke Syria Kapal perang Russia Nikolai Filchenkov meninggalkan Sevastopol  menuju Pelabuhan Novorossiisk sebelum belayar …
  • Bashar tak arah serangan Bonn: Presiden Syria, Bashar al-Assad tidak memberi arahan melancarkan serangan kimia terhadap satu kawasan dekat Damsy…
  • AS tangguh serangan WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama, kelmarin menangguhkan tindakan untuk mel…
  • Gesa halang perang Syria KAHERAH - MESIR. Menteri Luar Liga Arab menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa …
  • Putera Saudi dalang sebenar? PENDUDUK di kawasan Ghouta, pinggir Damsyik, mendakwa Putera Arab Saudi, Bandar Sultan Al Saud adalah dalang utama …
0 Komentar untuk "AS tangguh serang Syria"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI