Imej raksasa legenda di Google? - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Imej raksasa legenda di Google?

Imej raksasa legenda di Google?


GAMBAR menunjukkan imej raksasa yang didakwa Loch Ness (dalam bulatan) di Google Earth.


NOTTINGHAM - Seorang pengawal keselamatan, Jason Cooke, 25, dari sini mendakwa menemui imej raksasa legenda mirip Loch Ness menerusi enjin carian Google Earth di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Raksasa Loch Ness merupakan haiwan purba air yang tinggal di sebuah tasik di Scotland.

Imej itu boleh dilihat menerusi Google Earth pada latitud 57°12'52.13 Utara dan longitud 4°34'14.16" Barat.

Cooke berkata: "Saya seolah-olah tidak percaya (apa yang dilihatnya). Ia menyerupai Nessie."


GAMBARAN artis raksasa Loch Ness.


Perkataan Nessie merujuk panggilan popular makhluk itu yang diambil daripada nama tempat ia ditemui iaitu di Tasik Loch Ness di Scotland.

Peminat Nessie percaya makhluk itu ialah dinosaur plesiosaur, iaitu reptilia akuatik.

Nessie mendapat perhatian pengkaji apabila pakar bedah ternama British, Kolonel Robert Wilson mendakwa merakamkan gambar haiwan itu berenang di Loch Ness pada 1934.

- Agensi

0 Komentar untuk "Imej raksasa legenda di Google?"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI