Beng Hock lulus projek palsu - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Beng Hock lulus projek palsu

Beng Hock lulus projek palsu


Mohd. Anuar


SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam membongkar tindakan empat syarikat Bumiputera yang sanggup meminjamkan kepala surat syarikat mereka kepada individu tertentu untuk menjalankan projek yang tidak wujud bagi mendapat wang komisen.

Projek palsu itu kemudian mendapat kelulusan daripada Teoh Beng Hock dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor kawasan Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

Demikian keterangan pegawai penyiasat SPRM Selangor, Mohd. Anuar Ismail yang membuat pendedahan itu berdasarkan empat keping invois yang diperoleh daripada komputer riba Beng Hock semasa disoal siasat di pejabat SPRM pada 15 dan 16 Julai.

"Pegawai penyiasat telah melakukan siasatan terhadap empat dokumen itu dan menunjukkan keempat-empat syarikat terbabit telah meminjamkan kepala surat syarikat mereka kepada individu tertentu dan telah menerima komisen (kerana meminjamkan kepala surat)," kata Mohd. Anuar ketika memberi keterangan sebagai saksi ke-16 pada prosiding inkues itu semalam.


Hian Wah


Ketika ditanya oleh peguam pemerhati SPRM, Datuk Abdul Razak Musa, saksi itu menamakan keempat-empat syarikat tersebut sebagai Syarikat Fizami Construction, Aris Enterprise, MKMN Enterprise dan MA Bina Melor Enterprise.

"Syarikat Fizami didapati memperoleh 26 projek bernilai RM147,812, syarikat Aris mendapat 14 projek bernilai RM88,275.30, syarikat MKMN dengan enam projek bernilai RM50,765 dan MA Bina Melor memperoleh tujuh projek dengan nilai RM69,010.

"Semua projek ini akhirnya pergi kepada Beng Hock dan Hian Wah untuk tujuan kelulusan," kata Mohd. Anuar.

0 Komentar untuk "Beng Hock lulus projek palsu"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI