GLOBAL : KHAMIS 27 OGOS 2009 - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

GLOBAL : KHAMIS 27 OGOS 2009


Ted Kennedy meninggal dunia
BOSTON 26 Ogos – Senator Edward M. Kennedy, pejuang liberal Senat yangkehilangan dua abang akibat dibunuh, meninggal dunia pada usia 77 tahunlewat semalam selepas bergelut dengan tumor otak di kediamannya di CapeCod, Massachusetts.

Cheney persoal kewibawaan Obama
WASHINGTON 26 Ogos - Bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), DickCheney mempersoalkan kebolehpercayaan Presiden Barack Obama dalam soalkeselamatan nasional selepas Jabatan Keadilan AS mengumumkan siasatanberhubung penyeksaan terhadap tahanan Agensi Perisikan Pusat (CIA).


Polis Indonesia tahan satu lagi suspek pengebom
JAKARTA 26 Ogos - Polis Indonesia telah menangkap lelaki kedua yangdisyaki membiayai pengeboman berani mati di dua hotel Jakarta bulanlepas.

Bot karam di Bali: Sembilan mati, 3 hilang
JAKARTA26 Ogos - Sembilan orang terbunuh dan tiga lagi hilang apabila sebuahbot penumpang karam di luar pulau peranginan Bali, Indonesia hari ini.


Taliban akui Baitullah maut
DERAISMAIL KHAN, Pakistan 26 Ogos – Selepas berminggu-minggu menafikan, duakomander Taliban hari ini mengaku bahawa pemimpin tertinggi kumpulantersebut, Baitullah Mehsud telah meninggal dunia 18 hari selepasserangan peluru berpandu Amerika Syarikat (AS).

Datuk Bandar bantah kehadiran Gaddafi
NEW YORK 26 Ogos - Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mungkin akanmendirikan khemah di bandar New Jersey semasa melawat PertubuhanBangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Namun Datuk Bandar Englewood di NewJersey, Michael Wildes tidak mengalu-alukan kedatangannya.

Satelit Korea terbakar di atmosfera
SEOUL 26 Ogos - Satelit yang dilancarkan pada roket angkasa pertamaKorea Selatan dipercayai telah terbakar di atmosfera selepas terlepasdaripada orbitnya, kata pihak berkuasa hari ini.

Hu Jintao lawat Xinjiang
BEIJING 26 Ogos - Presiden China, Hu Jintao melakukan lawatan pertamake wilayah barat negara ini pada Sabtu lalu, Xinjiang sejak keteganganetnik yang meragut nyawa bulan lalu.


Miley Cyrus dihendap lelaki
TYBEE ISLAND, Georgia 26 Ogos – Seorang lelaki yang didakwa cubamenghendap bintang remaja, Miley Cyrus memberitahu dia bercadang untukkembali semula ke set penggambaran di Georgia dan mahu ‘menyelesaikansesuatu’, menurut pengawal keselamatan pelakon itu kepada seorang hakimsemalam.

Chris Brown dihukum lima tahun pengawasan
LOS ANGELES 26 Ogos - Bintang R&B yang mengaibkan, Chris Brownsemalam dihukum lima tahun pengawasan dan 180 hari melakukankerja-kerja komuniti selepas beliau mengaku bersalah memukul bekaskekasihnya, Rihanna yang juga penyanyi pop.

Beyonce pilihan Billboard
NEW YORK 26 Ogos – Belum pun berakhir tahun 2009 tetapi Billboard sudahmengumumkan siapa penerima anugerah wanita terbaik sepanjang tahun iniiaitu Beyonce Knowles.


Datuk Bandar disyaki curi seluar dalam wanita
POLISBritain telah menahan Datuk Bandar kerana disyaki mencuri seluar dalamwanita daripada beberapa buah rumah. Polis Lancashire berkata, DatukBandar Preesall, England, Ian Stafford, 58,








H1N1 boleh jangkiti separuh penduduk AS
WASHINGTON:Virus selesema babi mampu menjangkiti separuh penduduk Amerika Syarikatselain mengakibatkan 90,000 kematian dan menyebabkan 1.8 juta orangdirawat di hospital.

Jemaah minum tiga juta cawan air Zamzam di Masjidil Haram
MAKKAH:Umat Islam dan jemaah yang datang ke Masjidil Haram menghabiskan lebihtiga juta cawan air Zamzam setiap hari pada Ramadan kali ini, kataPengarah Pengedaran Air Zamzam, Aifan Al-Juaid.

Indonesia tahan suspek ke-2 biaya serangan hotel
JAKARTA: Polis mendakwa menahan seorang lagi rakyat Indonesia yang disyakimendapatkan pembiayaan dari luar negara untuk serangan bom terhadap duahotel mewah di Jakarta bulan lalu yang membunuh sembilan orang danmencederakan berpuluh yang lain.

Bom kereta gegar Kandahar
KANDAHAR:Sekurang-kurangnya 41 orang awam termasuk wanita dan kanak-kanakterbunuh, apabila sejumlah bom yang disembunyikan di dalam lima buahkenderaan meletup hampir serentak berhampiran sebuah syarikat asing disini kelmarin, kata pegawai.

Kurma Pakistan popular di Kashmir
BARAMULLA:Bagi umat Islam di wilayah Baramulla, India, spesies buah kurma kuningyang diimport dari Pakistan amat digemari dan menjadi sentiasa menjadipilihan utama untuk berbuka puasa setiap hari.

Tambang murah sempena Ramadan
ANKARA: Syarikat penerbangan di Turki meningkatkan jualan tiket sepanjang bulan Ramadan melalui kempen khas membabitkantiket diskaun.

Majlis buka puasa Ahmadinejad diboikot
TEHERAN:Hampir semua daripada seramai 290 orang ahli parlimen Iran, memulaukanundangan menghadiri majlis berbuka puasa yang dibuat Presiden MahmoudAhmadinejad kelmarin, lapor sebuah akhbar pembaharuan tempatan.

Taliban akui kematian Baitullah Mehsud
DERAISMAIL KHAN: Dua komander Taliban Pakistan akhirnya mengaku bahawapemimpin tertinggi mereka, Baitullah Mehsud meninggal dunia kira-kira18 hari selepas serangan peluru berpandu Amerika Syarikat tetapimenolak laporan pergerakan al-Qaeda kini berpecah.

Edward Kennedy meninggal
BOSTON:Tokoh parti Demokrat dan antara ahli politik paling lama di Kongres,Senator Edward Kennedy, meninggal dunia pada usia 77 tahun akibatpenyakit barah otak, kata anggota keluarganya semalam.
0 Komentar untuk "GLOBAL : KHAMIS 27 OGOS 2009"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI