KUALA LUMPUR - Sikap masyarakat Melayu yang menganggap tanah sebagai komoditi jual beli merupakan antara faktor utama penyusutan bilangan tanah rizab Melayu.
Pensyarah Kanan Jabatan Pengurusan Hartanah Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara, Dr Mohd Hasrol Haffiz Aliasak berkata, hasil kajian yang dijalankan pada 2009 hingga 2011 menunjukkan hampir 75 peratus responden menjual tanah bagi mendapatkan keuntungan serta-merta.
“Kebanyakan masyarakat Melayu yang berpendapatan rendah hanya mempunyai tanah untuk dijual atau dicagar.
“Ramai yang anggap tanah sebagai komoditi dan cukup beberapa tahun mereka jual. Mereka tidak terfikir tanah tersebut boleh menjana lebih banyak pendapatan tetapi cuma perlu bersabar sikit,” katanya di Wacana dan Forum Isu Tanah Rizab Melayu berjudul Tragedi Bangsa dan Langkah Pembetulan Segera, di sini, semalam.
Menurutnya, sehingga kini jumlah keseluruhan tanah rizab Melayu di Semenanjung tidak termasuk Melaka dan Pulau Pinang hanya mencecah 11.99 peratus berbanding jumlah yang diperuntukkan sebanyak 50 peratus.
Dalam pada itu, katanya, faktor lain penyusutan tanah rizab Melayu ialah pengambilan tanah oleh kerajaan untuk kepentingan awam tanpa diganti semula.
“Contohnya kerajaan ambil tanah 100 ekar tetapi hanya dipulangkan 80 ekar, di mana baki 20 ekar tersebut? Sepatutnya tanah rizab Melayu perlu diganti serta-merta,” katanya.
Beliau turut mencadangkan agar kerajaan menubuhkan Lembaga Amanah Tanah Rizab Melayu bagi menjamin pengekalan saiz tanah rizab Melayu.
“Dalam lembaga ini kita jadikan Yang di-Pertuan Agong sebagai penaung utama yang akan bertindak sebagai pelindung kepada tanah rizab Melayu. Badan tersebut mestilah bebas dan juga bertanggungjawab menyediakan sumber kewangan dan pembangunan tanah.
“Apa guna jika kita menjadi rakyat pribumi tanpa tanah,” katanya.

0 Komentar untuk "Sikap punca tanah rizab susut"