KUALA LUMPUR - [VIDEO] Kerajaan negeri diingatkan agar tidak mengamalkan jalan mudah dengan mengambil tanah rizab Melayu tanpa menggantikannya semula.
Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi, Datuk Nik Mohd Zain Yusof berkata, mengikut Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan, pihak berkuasa negeri perlu menggantikan tanah rizab Melayu yang digunakan untuk projek awam dengan tanah yang sama dari segi bentuk dan keluasannya.
"Masalahnya kerajaan negeri apabila ambil tanah untuk projek awam seperti balai polis, lebuh raya dan kem askar tidak diganti. Alasannya ialah mereka tidak warta keluar tanah tersebut.
"Jika ada tanah rizab Melayu yang diambil untuk kegunaan awam ia sepatutnya diwarta keluar dan diganti. Jangan ambil jalan mudah tak warta keluar kerana tak mahu ganti, ini tidak betul dan tak ada political will," katanya ketika ditemui selepas Wacana dan Forum Isu Tanah Rizab Melayu berjudul Tragedi Bangsa dan Langkah Pembetulan Segera anjuran Biro Pemantauan dan Integriti Perkasa dan Istac, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, katanya, keluasan tanah rizab Melayu juga boleh ditambah melalui cara mewartakan mana-mana tanah rizab kerajaan.
"Contohnya, 10,000 ekar tanah rizab kerajaan diwartakan untuk tanah rizab Melayu. Manakala 10,000 ekar lagi hendaklah dibuka untuk pemilikan awam.
"Kita bagi kepada bukan Melayu berdasarkan jumlah penduduk. Kalau penduduk bukan Melayu 30 peratus, kita bagi 3,000 ekar dan selebihnya kepada tanah rizab Melayu," katanya.
Beliau turut mencadangkan agar kerajaan negeri di negeri yang tidak bersultan mewujudkan enakmen tanah rizab Melayu.

0 Komentar untuk "Ganti semula tanah rizab Melayu"