BANGI – Kepentingan politik dan kuasa merupakan salah satu tonggak utama bagi agama Islam.
Menurut Penyelaras Hal Ehwal Akademik Pusat Pengajian Lanjutan Islam, Sains dan Tamadun (Casis) Universiti Teknologi Malaysia (Uniten), Prof Madya Dr Khalif Muammar A Harris, ia kerana Islam perlu ditegakkan melalui orang atau pihak yang mempunyai hak serta kuasa dalam membuat keputusan.
“Politik dan kekuasaan dalam Islam adalah alat, sebagaimana alat yang lain, ia akan menjadi baik jika digunakan oleh pihak yang baik dengan tujuan, niat dan kaedah yang betul.
“Pihak yang memiliki kuasa akan faham tanggungjawab dan peranannya untuk menyebarkan, melindungi dan mempertahankan dakwah Islam,” katanya di Simposium Pemikiran Politik Islam di Bangi semalam.
Katanya, politik hari ini dilihat dan ditafsir secara buruk kerana kuasa politik digunakan sewenangnya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Politik (sebenarnya) tidak semestinya kotor dan buruk, citranya nampak buruk kerana pada umumnya, akhlak manusia semakin merosot, pemikiran masyarakat bertambah keliru.
“Seperti yang kita dapat lihat, pada masa kini, jarang kelihatan orang yang baik berkecimpung dalam bidang politik demi tujuan murni,” katanya lagi.
Menurutnya lagi, politik merupakan salah satu cabang bagi memastikan pelaksanaan idealisme dan konsep pemerintahan Islam di negara ini.
“Islam menuntut semua idea dan ajaran yang baik serta benar itu dilaksanakan demi menciptakan kehidupan yang lebih sejahtera.
“Sejarah membuktikan bahawa semua idea dan ajaran Islam itu dapat dilaksanakan dan mampu menghasilkan impaknya yang tersendiri jika umat mampu menggembleng tenaga dan mampu membentuk pemerintahan yang sesuai dengan ajaran Islam,” tegasnya.

0 Komentar untuk "Politik penting kepada Islam"