PasMa menghakis kepercayaan Rakyat terhadap Pakatan Rakyat Kata PAS Selangor - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

PasMa menghakis kepercayaan Rakyat terhadap Pakatan Rakyat Kata PAS Selangor


Analisis Isu

Saya ingin menegaskan bahawa program BEDAH : INSIDE STORY BUKU KEJATUHAN KERAJAAN PAS KEDAH di Ampang tiada kena mengena dengan PAS Selangor atau PAS Kawasan Pandan.

Kami di Selangor baru sahaja selesai melalui krisis Menteri Besar dan sekarang ini memandang ke hadapan berusaha untuk mendapatkan semula keyakinan rakyat yang telah sedikit sebanyak terhakis akibat dari krisis tersebut.

Oleh yang demikian, adalah tidak perlu membawa krisis yang berlaku di luar ke negeri Selangor. Kami di Selangor tidak perlu disibukkan dengan perkara tersebut.

Janganlah juga mengelirukan rakyat negeri Selangor dengan membawa isu-isu luar. Satu kajian telah menunjukkan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat telah meningkat. Maka janganlah pula ada yang menjadi pengacau kepada usaha-usaha untuk memperkukuhkan sokongan rakyat kepada PAS dan Pakatan Rakyat di negeri Selangor.

Iskandar A Samad
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor / Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan
27 Oktober 2014

0 Komentar untuk "PasMa menghakis kepercayaan Rakyat terhadap Pakatan Rakyat Kata PAS Selangor"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI