Seminar Penghayatan Hududullah: Ucapan Penutup Oleh Presiden PAS - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Seminar Penghayatan Hududullah: Ucapan Penutup Oleh Presiden PAS


Berita"penutup seminar penghayatan hududullah

Saya mencatat butiran ucapan penutup Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam Seminar Penghayatan Hududullah pada 26 Okt 2014 (2 Muharram 1436 H) di Kuala Terengganu:

Saya mahu tarik perhatian kepada beberapa perkara sahaja kerana pembentangan kertaskerja sejak dari pagi tadi telah jelas.
Ayat al-Quran yang dibaca mengenai hukum jenayah menunjukkan Islam adalah agama lengkap dan syumul, bukan agama peribadi sahaja, bahkan Islam yang didaulatkan dalam bentuk negara dan pemerintahan.
Inilah seruan dan dakwah para Rasul, terutama Nabi Muhammad SAW.
Kejayaan Islam perintah dari Timur hingga Barat, di saat tiada alat teknologi, masyarakat yang  sangat majmuk menghasilkan tamadun yang sangat hebat.
Islam yang dikudung, dipotong, dirobek oleh penjajah bukanlah Islam yang sebenar.
Kita mewarisi sistem penjajah yang sangat memenatkan. Islam cuba dipadamkan tetapi Allah tetap akan menyempurnakan cahayanya.
Kita bersama dengan sahabat seIslam dari Acheh, Brunei dan lain-lain adalah saudara se Islam yang ada hubungan, bukan secara kebetulan.
Ketika perbincangan undang-undang Jenayah Islam di Kelantan, dijemput juga mufti Brunei dan lain-lain.
Demikian juga mengenai Acheh, bukan secara kebetulan dilaksanakan hukum hudud, tetapi PAS ada hubungan dengan rakan-rakan di sana.
Tahun 50 an hingga 80 an, Islam difitnah dari mulut orang jahil.
Tekanan antarabangsa melalui tulisan orientalis menuduh dan memfitnah pelbagai perkara terhadap Islam.
Islam telah memberi sumbangan besar dalam tamadun dunia, termasuk dalam sistem ekonomi dan perbankan. Contohnya, Nabi SAW menjadi tempat simpanan, ini konsep asal bank.
Dalam sistem penghakiman, Islam ajar Barat tentang wakalah/guaman
Ideologi manusia, ekonomi barat gagal, sistem sosial rosak, jenayah meningkat.
Dialog pernah berlaku di antara timur dan barat. Sarjana islam sebut kalau mahu faham Islam, mesti faham Islam sebenar, yang tidak sama dengan ‘religion’. Contohnya hukum hudud, bukan hanya hukum tetapi juga mendidik. Banyak syaratnya. Dalam tempoh 20 tahun, tidak lebih 10 orang yang dipotong tangan di Arab Saudi. Di Barat, jenayah banyak berlaku dalam sekejap sahaja. Mencuri adalah penyakit masyarakat. Demi menyelamatkan masyarakat, tangan ini dipotong. Allah tetapkan hukum yang tidak ada hukum yang lebih baik darinya. Kalau dipenjara, makan percuma, berkawan dengan pencuri lain, anak isteri tiada yang tanggung
Kebangkitan Islam di seluruh dunia, tetapi ada trend mahu tangguhkan syariat. Dikatakan teori ini datang dari seorang pemikir Barat.
Di Turki, kesnya lain mengenai perlaksanaan Islam. Turki sekular, ada potensi maju dengan Islam. Apabila Erdogan menang, diminta tandatangan untuk tidak laksana Islam.
Tempat lain yang dibenarkan bercakap Islam, ada peluang laksana hukum Islam, kita tidak boleh undur ke belakang.
Ada yang berhujah dengan maqasid, seperti Umar yang tidak menjatuhkan hukuman pada tahun kemarau. Ini kerana tidak cukup syarat, bukan tangguh syariat. Ada juga yang berdalih tidak ada persediaan.
Perlu ada fiqh mengenai pelaksanaan hukum, ada beza antara Acheh, Brunei, Terengganu, Kelantan, tetapi hukum tetap hukum.
Di Bosnia, kes berbeza sedikit kerana rakyat tidak faham Islam,  Perlu merdekakan rakyat dahulu, sehingga Presiden Bosnia, Izzat tangguhkan perlaksanaan hukum.
Ada 2 aliran, kumpulan tasahul (memudahkan), dan tasyaddud ( keras) laksanakan hukum. Kita perlu ada fiqh muwazanat.
Isu DAP tidak terima hukum hudud. Ini prinsip mereka. PAS bertegas dalam perkara ini.
Dalam sejarah, rakyat masuk Islam kerana melihat keadilan Islam.
Rakyat bukan Islam tidak dipaksa masuk Islam.
Kita pecahkan benteng bukan Islam sehingga ada yang menjadi ahli PAS, bersedia terima hukum Islam.
Hukum hudud ada mesej dakwah, bukan hanya bersifat menghukum.

Catatan:
Ustaz Nik Nasri
Ketua Lajnah Media Baharu
Dewan Ulama PAS Terengganu

5.53 ptg
26 Okt 2014
0 Komentar untuk "Seminar Penghayatan Hududullah: Ucapan Penutup Oleh Presiden PAS"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI