MB Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini menjelaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah dipecat jawatannya sebagai Penasihat Ekonomi di negeri itu. – Gambar The Malaysian Insider, 1 Oktober, 2014.
Menteri Besar (MB) Selangor Mohamed Azmin Ali mengekalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor walaupun Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menamatkan khidmat ketua pembangkang itu pada hari terakhir pentadbirannya.
Sebaliknya, Azmin berkata hanya Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor di Plaza Perangsang sahaja yang ditutup.
"Apa yang diputuskan Khalid adalah untuk menutup pejabat penasihat ekonomi," kata Azmin merujuk kepada Khalid, selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam, hari ini.
"Tidak timbul soal pemecatan," katanya.
Khalid pada hari terakhirnya sebagai MB Selangor membuat keputusan dalam mesyuarat exco menutup pejabat Penasihat Ekonomi Selangor atas alasan mahu menjimatkan wang negeri. – 1 Oktober, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/anwar-bukan-dipecat-kekal-penasihat-ekonomi-selangor-kata-azmin#sthash.6aWZiKM8.dpuf

0 Komentar untuk "Anwar bukan dipecat, kekal Penasihat Ekonomi Selangor, kata Azmin "