Oleh Zulkifli Yahya
TAHALUF Siasi PAS bersama dengan PKR dan DAP adalah keputusan rasmi PAS pusat. Ia kaji dan diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak, berdasarkan enam syarat. Timbalan Mursyidul Am Dato’ Dr. Harun menjelaskan dalam Muktamar Tahunan ke 60 baru-baru ini mengenai syarat yang ke enam tersebut; iaitu tahaluf siasi boleh diterus atau dibatalkan oleh Majlis Syura. Majlis Syura jadi penyimpan mohor besar berhubung tahaluf siasi. Sehingga ke saat ini Majlis Syura tidak pernah membuat keputusan membatalkan tahaluf siasi, bermakna ia masih sah dan berjalan.
Dalam ucapan dasar dan ucapan penangguhan Muktamar baru-baru ini Presiden PAS menegaskan bahawa tahaluf siasi akan diteruskan. Sekalipun beliau membuat sedikit teguran perihal tahaluf siasi kepada rakan kerjasama, namun tiada sepatahpun keluar dari mulutnya untuk mengkaji semula tahalus siasi. Jauh sekali dari membatalkannya.
Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali menjelaskan bahawa mengikut perlembagaan parti, keputusan tertinggi PAS ialah yang dibuat oleh Muktamar. Muktamar beberapa tahun lalu telah meluluskan usul memperkasakan Pakatan Rakyat.
Perwakilan dan jawatankuasa kerja PAS Pusat yang berucap di Muktamar lalu juga, ramai yang bercakap untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Ketua Pemuda dan Ketua Muslimat yang memiliki mandat yang besar dalam parti tidak terkecuali menegaskan keperluan memperkasakan Pakatan Rakyat. Dewan Ulamak, dalam Muktamar mempertegaskan kuasa besar Presiden, sehingga menurut ijtihad mereka berhak untuk tidak mengikut keputusan mesyuarat. Bermakna Dewan Ulamak bersama Presiden berhasrat meneruskan tahaluf siasi dalam Pakatan Rakyat.
Ertinya Muktamar, Majlis Syura Ulamak, Presiden PAS, Dewan-dewan, kepimpinan Pusat serta ahli-ahli (melalui mandat yang diberi kepada perwakilan) bertekad meneruskan tahalus siasi dalam Pakatan Rakyat. Itu keputusan paling mantap bagi PAS kerana telah dibaiahkan oleh semua entiti yang menjadi pemegang amanah di aras tertinggi parti!
Oleh sebab ia menjadi keputusan jamaah, maka tahaluf siasi tidak boleh diremehkan oleh sesiapapun dalam parti. Tahaluf siasi, meskipun dengan pihak sekular atau golongan yang mensyirikan Allah, namun perlu terikat dengan adab-adabnya. Merungkai adab dan perjanjian bermakna menyerlahkan kecacatan imej Islam yang diperjuangkan oleh PAS.
Dalam konteks politik di Malaysia, tahaluf Pakatan Rakyat bertujuan untuk menghadapi musuh bersama dalam pilihan raya iaitu BN yang telah melakukan pelbagai onar sepanjang lebih separuh abad memerintah. Catatan kebejatan dan kemungkaran mereka terlalu panjang untuk disenaraikan di sini. Faedah dari tahaluf terhadap kepentingan Islam juga panjang senarainya apabila PAS pernah berkuasa di Terengganu dan Kedah, terus berkuasa di Kelantan dan berkongsi kuasa di Selangor. Jangan hendak menafikan.
Tahaluf siasi membawa PAS menyertai pilihan raya melalui imej Pakatan Rakyat. Dengan itu imej Pakatan wajib dijaga, kerana prinsip demokrasi parti yang berjaya mempamerkan imej terbaik akan disokong.
Maka dengan itu jika mana-mana individu dari parti rakan Pakatan menyerang parti Pakatan yang lain secara terbuka, maka ia adalah perbuatan tidak beradab dan mengkhianati tahaluf siasi. Jika ia dilakukan oleh individu dari parti sekular pragmatis atau sekular demokratik, ia tetap perbuatan khianat tetapi ‘mujur’ kerana mereka mungkin tidak memahami disiplin tahaluf mengikut Islam, tetapi sangat malang kalau yang tidak menjaga adab tahaluf itu adalah dari parti Islam.
Mutakhir ini, kelihatannya tokoh-tokoh tertentu sangat ghairah untuk mengeluarkan kenyataan yang mengeruhkan hubungan tahaluf siasi. Sekali mereka menghentam rakan Pakatan yang lain, ia mendapat liputan muka hadapan Utusan Malaysia, akhbar yang menjadi lidah rasmi Umno – musuh siasah PAS sejak berzaman. Almarhum Ustaz Fadzil Noor pernah berkata, apabila musuh memuji ucapan atau tindakan kita (sehingga memberi liputan istimewa dalam media mereka) maka mesti ada sesuatu yang tidak kena.
Memang tidak kena apabila pemimpin tertentu dari parti dalam Pakatan menyerang parti lain secara terbuka.
Pertama, ia menggambarkan kepada khalayak umum bahawa Pakatan Rakyat sedang berpecah. Rakyat akan menolak gabungan politik yang tampak berpecah dalam pilihanraya.
Kedua, ia memudahkan kerja musuh. Umno/BN tidak perlu mengorek dan mendedahkan kelemahan kerajaan Pakatan kerana rakan Pakatan yang tolong dedahkan. Jika BN yang dedahkan perihal keburukan, terdapat kalangan rakyat yang sukar nak percaya kerana yang bercakap adalah musuh Pakatan. Namun apabila rakan Pakatan yang mendedahkan, ramai akan percaya sekalipun tidak benar.
Ketiga, rakyat nampak rakan Pakatan tidak mampu melakukan kerja membetulkan antara satu sama lain. Jika nak membetulkan rakan sendiri pun tidak mampu, bagaimana nak betulkan perkara lebih besar dalam negara. Itu persepsi yang boleh terbina.
Keempat, menampakkan pemimpin tertentu atau parti tertentu ‘tidak cerdik’. “Kamu berada dalam satu gabungan, bermesyuaratlah secara tertutup untuk selesaikan masalah secara musyauwarah, mengapa nak heboh-heboh beritahu seluruh dunia,” rakyat cerdik akan berkata begitu kepada pemimpin yang tidak menampakkan kecerdikan.
Kelima, ia boleh pecahbelahkan PAS sendiri. Ada pihak dalam PAS beriya-iya pertahan tahaluf siasi. Golongan ini tidak suka rakan Pakatan diserang secara terbuka. Timbullah tuduhan ‘UG’ (kerajaan perpaduan) sekalipun tuduhan itu tidak berasas. Berkata Saidina Ali, “Jangan salahkan orang menuduh kamu lakukan maksiat, jika kamu hadir di tempat maksiat.” Demikian realiti kita, jangan asyik menyalahkan pihak tertentu menuduh UG jika kita (secara tidak langsung) membantu kerja Umno/BN dengan menyerang terbuka rakan tahaluf.
Keenam, (mudarat yang paling besar) apabila PAS menyerang terbuka DAP dan PKR, masyarakat Cina yang sudah sedekad setia dengan Pakatan akan marahkan PAS. Kalau Cina tak undi PAS, maka parti itu akan hilang hampir semua kerusi yang dimenangi Pantai Barat dan Pahang. PAS dan Pakatan sukar nak berkuasa di Kedah dan Selangor, sebab sebahagian besar kerusi dimenangi dengan bantuan pengundi Cina. Susah juga untuk menghuraikan pentingnya undi bukan Melayu kepada golongan manusia yang ‘bermakam tinggi’ beriktiqad bahawa segala-galanya atas kekuasaan Allah, bahkan syirik menganggap undi bukan Melayu sebagai penentu kemenangan.
Terpaksalah pula kita menerangkan asas aqidah Ahlussunahwaljamaah yang beriktiqad bahawa segalanya berlaku atas kekuasaan Allah, tetapi manusia dituntut berusaha, berikhtiar dan berdoa. Betul Allah yang tumbuhkan padi tapi tanpa berusaha menanam, melihat saja benih padi untuk tumbuh dan menghasilkan beras tanpa berbuat sesuatu maka itu aqidah sesat namanya.
Demikianlah mengharap sokongan bukan Melayu dalam pilihan raya dengan mengambil sebab musabab yang menjauhkan mereka dari PAS adalah kerja tidak munasabah. Sedangkan pilihan raya menuntut suara terbanyak untuk memenanginya. Kecualilah PAS bersepakat menolak pilihan raya, maka tak perlulah memikirkan soal undi dan sokongan sesiapa pun.
Saya menyedari, sukar juga untuk menasihatkan ‘kaki serang’ rakan Pakatan. Antara jawapan popular, “Kenapa nasihat sebelah sini saja, pergilah nasihat sebelah sana.” “Mereka yang bertindak dulu, takkan kita nak biar saja…” Dah jadi macam budak-budak! Setiap kali khutbah Jumaah bermula, seringkali bilal mengingatkan jemaah, berdasarkan pesan Nabi SAW, “Jangan berkata-kata ketika khatib berkhutbah, walau berkata ‘diam’ sekalipun.” Suruh orang yang bising dalam masjid supaya diam pun bising juga namanya. Tak payahlah kita nak bantah Hadis Nabi dengan berkata, “Dia yang mula bising dulu, saya cuma suruh dia diam.”
Tahaluf siasi adalah keputusan rasmi jamaah. Kena hormati, khususnya pemimpin yang ‘ada nama’ dalam PAS. Jangan terlebih garpu dari sudu, terlebih lajak dari laju, terlebih baja dari perdu, terlebih wangi dari gaharu, terlebih mabuk dari samsu, terlebih haru dari keliru, gatal kurang terlebih garu. Kena beradab dan bersabarlah dalam jamaah. Jangan gopoh sangat. –HARAKAHDAILY 1/10/2014

0 Komentar untuk "Jangan remehkan tahaluf siasi!"