Isu rumah: KM didakwa tak endahkan PAS, Iszuree - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Isu rumah: KM didakwa tak endahkan PAS, Iszuree


Berita
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan tidak mengendahkan memorandum PAS berhubung isu yang ditimbulkan seorang ahli majisnya Iszuree Ibrahim dalam muktamar, kata PAS Pulau Pinang.


Setiausaha PAS negeri Fadzil Kemi berkata, memorandum dihantar pada Lim pada Julai tetapi tiada respons.

Iszuree juga menghantar salinan ucapannya dalam muktamar kepada Lim bagi menyokong dakwaannya bahawa beliau disalah petik oleh Malaysiakini, tetapi digugurkan jawatan daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Fadzil berkata, Iszuree hanya mencadangkan dasar dan sistem tanah lebih baik di Pulau Pinang kerana apa yang ada sekarang adalah legasi kerajaan BN sebelum ini.

Bercakap dalam sidang media sebelum ini, Fadzil berkata, Iszuree tidak mempersoalkan dasar perumahan negeri dan isu itu boleh dibangkitkan dengan cara baik. - MK
0 Komentar untuk "Isu rumah: KM didakwa tak endahkan PAS, Iszuree"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI