Elaun MB, speaker, exco dan timbalan speaker dikaji semula, kata Azmin - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Elaun MB, speaker, exco dan timbalan speaker dikaji semula, kata Azmin

OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Published: 1 October 2014 | Updated: 1 October 2014 4:07 PM

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata kenaikan elaun empat jawatan utama akan dikaji semula dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada November akan datang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal, 1 Oktober, 2014.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata kenaikan elaun empat jawatan utama akan dikaji semula dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada November akan datang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal, 1 Oktober, 2014.
Kenaikan elaun empat jawatan utama akan dikaji semula dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada November akan datang, umum Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini.

Empat jawatan itu adalah menteri besar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), speaker, dan timbalan speaker DUN.

Manakala kenaikan elaun bagi Adun kekal kerana difikirkan sesuai, seperti yang diputuskan dalam mesyuarat exco pagi tadi.



Ini merupakan mesyuarat exco pertama yang dipengerusikan Azmin dan dihadiri 10 barisan exco baharu yang dilantik.
"Kita berpendapat kenaikan elaun perlu dikaji semula mengikut kesesuaian dan memutuskan untuk membentangkan semula dalam DUN untuk diputuskan," katanya.

Sidang DUN Selangor pada 27 November tahun lalu meluluskan kenaikan gaji menteri besar sebanyak RM29,250, exco RM20,250, speaker RM22,500, timbalan speaker RM15,750 dan Adun RM11,250.

Kenaikan itu bermula Januari tahun ini.

Sidang DUN pada April kemudiannya meluluskan pemotongan elaun menteri besar menjadi RM14,175.15, exco RM15,000, speaker RM15,000 dan timbalan speaker RM12,000.

Bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam Dewan berkata, jumlah kadar pemotongan itu akan disalurkan ke dalam Tabung Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Namun, elaun sebayak RM11,250 bagi exco masih dikekalkan. – 1 Oktober, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/elaun-mb-speaker-exco-dan-timbalan-speaker-akan-dikaji-semula-kata-azmin#sthash.MT1rRIf7.dpuf
0 Komentar untuk "Elaun MB, speaker, exco dan timbalan speaker dikaji semula, kata Azmin "

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI