Azmin umum penjenamaan semula 10 portfolio - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Azmin umum penjenamaan semula 10 portfolio


MUHAMMAD FAIZAL | .

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali hari ini mengumumkan penjenamaan semula sepuluh portfolio bagi memantapkan lagi pentadbir‎an kerajaan negeri.

Azmin pada sidang media memberitahu penjenamaan itu sebagai usaha meningkatkan prestasi dan kebajikan rakyat selaras dengan ‎keadaan semasa.

"Hari ini merupakan mesyuarat pertama exco dan kita telah memutuskan penjenaman semula sepuluh jawatan exco.

"Ia sebagai usaha baru kerajaan dalam menghadapi senario semasa di negara ini," jelasnya yang juga Adun Bukit Antarabangsa.

Beliau turut memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kewangan, Pembangunan Tanah, Pengurusan Sumber Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Selangor dan Penerangan.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian (IKS) & Perdagangan dan Pengangkutan - Datuk Teng Chang Khim

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar - Iskandar Abdul Samad.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongann, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna - Elizabeth Wong.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baharu - Ean Yong Hian Wah.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi - Dr Ahmad Yunus Hairi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita & Keluarga - Dr Daroyah Alwi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang - Ganabtirau A/L Verman.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains & Teknologi dan Inovasi - Nik Nazmi Nik Ahmad.

Pengerusi Jawtankuasa Tetap Pembangunan Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan - Amirudin Shari.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrstruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani - Zaidy Abdul Talib. - HARAKAHDAILY 1/10/2014

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/31212-azmin-umum-penjenamaan-semula-10-portfolio
0 Komentar untuk "Azmin umum penjenamaan semula 10 portfolio"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI