Pungutan suara harus dijalankan di Selangor bagi membolehkan pandangan rakyat diambil kira berhubung isu pertukaran menteri besar, kata Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa).
Ketua Eksekutif Lensa Safwan Anang berkata meskipun pungutan suara itu tidak mempunyai kuasa daripada aspek perundangan, kerajaan Selangor bagaimanapun akan memulakan demokrasi baru apabila rakyat turut dibenar bersuara.
"Referendum ini juga akan menjadi mercu tanda kepada sebuah demokrasi baru yang dimulakan pemimpin Selangor," katanya pada sidang media di ibu negara hari ini.
Katanya, Pakatan Rakyat (PR) Selangor juga tidak boleh menafikan hak rakyat Selangor untuk bersuara kerana keputusan yang dibuat di peringkat pentadbiran negeri akan memberi kesan kepada rakyat.
"Lensa memerhatikan akibat culas mendengar suara rakyat, kerajaan negeri Selangor sudah beberapa kali menerima respon dingin daripada rakyat berhubung beberapa isu yang berlaku.
"Isu Kidex misalnya, pentadbiran negeri bukan saja culas menjalankan pungutan suara rakyat, malah konsultasi umum juga tidak dijalankan secara berkesan," katanya.
Safwan berkata, krisis dalaman parti merupakan lumrah dan pasti akan berlaku, malah pergeseran antara parti gabungan Pakatan Rakyat (PR) juga tidak pernah reda sejak penubuhan pakatan itu.
"Tetapi pergeseran itu masih ditanggapi secara matang oleh rakyat yang menyebabkan PR mampu memenangi undi popular dalam pilihan raya umum lalu," katanya.
Beliau berkata, sekiranya kerajaan Selangor gagal mengambil kira suara rakyat, tidak mustahil untuk Selangor menjadi seperti kerajaan PR Kedah yang tumbang dalam pilihan raya umum lalu.
Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor kini berdepan krisis untuk menggantikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail bagi meneruskan rancangan "Langkah Kajang" yang dipelopori PKR.
Khalid bagaimanapun dilihat seakan tidak bersetuju dengan tindakan pucuk pimpinan partinya itu, sebaliknya berkata beliau akan kekal sehingga habis penggal sesi ini. – 24 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/laksana-referendum-biar-rakyat-pilih-mb-kata-ngo#sthash.EqocQnDR.dpuf

0 Komentar untuk "Laksana referendum, biar rakyat pilih MB, kata NGO"