PM Ukraine letak jawatan di negara bergolak tempat MH17 ditembak jatuh - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

PM Ukraine letak jawatan di negara bergolak tempat MH17 ditembak jatuh

Ketika kekecohan tragedi pesawat MH17 di negara berkenaan, Perdana Menteri Ukraine Arseniy Yatsenyuk  meletak jawatan pada hari Khamis semalam dalam protes menyebabkan ketidaktentuan politik di negara yang dilanda persengketaan itu.

"Saya mengumumkan peletakan jawatan saya berkaitan dengan pembubaran gabungan parlimen dan usaha menyekat inisiatif kerajaan," kata Yatsenyuk dengan marah kepada parlimen, lapor AFP.

Yatsenyuk berkata "kerajaan dan perdana menteri perlu meletakkan jawatan" selepas penarikan balik beberapa yang mencetuskan perpecahan majoriti dalam Parlimen Pilihan Eropah bagi usaha memberi laluan kepada pilihan raya awal yang selama ini ditunggu-tunggu.

Pilihan raya awal Parlimen di Ukraine dijangka sejak penyingkiran Viktor Yanukovych yang disokong Rusia Februari lalu berikutan beberapa bulan protes yang membawa maut.
Pembubaran rasmi gabungan majoriti pimpinan Verkhovna Rada di Ukraine memberikan Presiden Petro Poroshenko hak untuk mengumumkan pilihan raya Parlimen semula.

Poroshenko berjanji pilihan raya tidak akan melumpuhkan kerja Parlimen ketika Kiev bergelut untuk menamatkan pemberontakan berdarah puak pemisah yang menyebabkan wilayah timur negara ini kucar-kacir.

Seminggu lalu, pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine yang dikuasai pihak pemisah yang disokong oleh Kremlin itu.

Semua 298 penumpang dan anak kapal malang yang bertolak dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur itu terbunuh.

Pihak pro Rusia dan Amerika Syarikat saling tuduh menuduh antara satu sama lain tentang pihak yang bertanggungjawab menembak pesawat membawa majoriti penumpang rakyuat Belanda itu.

Sehingga kini, sebahagian besar mayat dibawa ke Belanda untuk dikenal pasti manakala kotak hitam pesawat diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia yang kemudiannya dihantar ke makmal di United Kingdom untuk dianalisa. – 25 Julai, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pm-ukraine-letak-jawatan-di-negara-bergolak-tempat-mh17-ditembak-jatuh#sthash.FaF2xPz6.dpuf
0 Komentar untuk "PM Ukraine letak jawatan di negara bergolak tempat MH17 ditembak jatuh"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI