KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyambut baik resolusi Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNHRC) untuk menjalankan penyiasatan antarabangsa berhubung serangan Israel di Gaza.
Serangan itu mengakibatkan beratus-ratus orang awam Palestin maut, beribu-ribu lagi terusir dari kampung halaman mereka dan memusnahkan infrastruktur, ladang serta tempat kediaman, kata OIC dalam satu kenyataan.
Dalam resolusi yang diterima pakai pada Rabu itu, UNHRC memutuskan untuk menghantar dengan segera sebuah suruhanjaya penyiasat bebas antarabangsa bagi menyiasat pencabulan semua undang-undang hak asasi manusia di wilayah Palestin, termasuk Baitulmaqdis Timur, khususnya di Semenanjung Gaza.
UNHRC juga mengutuk sekeras-kerasnya pencabulan hak asasi manusia dan kebebasan asas antarabangsa akibat serangan Israel itu.
Resolusi itu menyeru agar serangan ketenteraan Israel di seluruh Palestin dihentikan segera dan menuntut Israel menghentikan sepenuhnya kepungan yang dikenakannya secara haram terhadap Semenanjung Gaza yang diduduki, yang secara langsung merupakan suatu hukuman terhadap semua penduduk awam Palestin, kata kenyataan itu.
OIC, bagaimanapun menyuarakan kekesalan mendalamnya mengenai tindakan Amerika mengundi menentang resolusi itu, yang meletakkan negara tersebut begitu janggal dengan pendirian seluruh masyarakat antarabangsa.
"Undian ini menepati pola pendirian berat sebelah dan memihak oleh Amerika yng memberi kekebalan kepada Israel dan melindunginya daripada dikenakan tindakan mengikut undang-undang antarabangsa dan prinsip hak asasi manusia," tegas OIC.
Kumpulan OIC, bersama Kumpulan Negara-negara Arab, Kumpulan Negara-negara Afrika dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali berjaya mengatasi kempen secara habis-habisan untuk menyekat resolusi itu daripada diluluskan, dengan 29 negara mengundi menyokong resolusi tersebut, 17 negara berkecuali dan satu undi menentang, iaitu oleh Amerika.
OIC berkata pada 10 Julai, ia meminta Kumpulan Kedutaannya di Geneva mendesak diadakan sidang tergempar Majlis Hak Asasi Manusia bagi menubuhkan sebuah pasukan petugas antarabangsa khas untuk menyiasat jenayah yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin. - Bernama

0 Komentar untuk "OIC sambut baik resolusi UNHCR siasat Israel"