KUANG - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengulangi kenyataannya untuk terus menerajui kepimpinan Selangor sehingga dua atau tiga tahun lagi dengan penuh tanggungjawab.
Beliau menyatakan ‘seronok’ bekerja untuk rakyat dan akan menamatkan amanah rakyat untuk berehat dengan cucu-cucunya beberapa tahun akan datang.
“Saya akan menjadi menteri besar, kalau tidak diganti saya akan teruskan. Tapi penggantiannya diluluskan oleh Dun,” katanya ketika ditemui di Masjid Kampung Sungai Serai, semalam.
Abdul Khalid yang juga Adun Pelabuhan Klang berkata, beliau sejak awal lagi teguh dengan pendirian menyertai PKR bagi meneruskan reformasi dan membantu rakyat.
“Tugas sebagai menteri besar akan diteruskan dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah. Saya tidak (terasa hati). Ini adalah politik dan saya masuk PKR kerana reformasi.
“Saya ingin bekerja untuk rakyat dan saya akan tunaikan tanggungjawab ini sehingga tidak diminta untuk tidak melakukan tanggungjawab tersebut. Bahkan saya juga sangat seronok perkara ini. Boleh jadi tahun akan datang saya dapat berehat dengan cucu-cucu saya,” katanya.
Menurutnya, beliau tetap berpegang kepada Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang menetapkan tatacara khusus bagi pelantikan dan penggantian menteri besar.
“Sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, saya akan terus menjalankan tugas sebagai menteri besar dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah seperti yang diamanahkan rakyat Selangor yang memilih saya melalui proses pemilihan sah,” katanya.
Sementara itu, Pensyarah Undang-undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz berkata, dari sudut Undang-undang Tubuh untuk melantik menteri besar perlukan perkenan Sultan dan majoriti ahli Dun.
“Sekiranya majoriti Dun tolak, namun Abdul Khalid tegas pertahankan kerusinya beliau perlu memujuk Tuanku untuk kekalkan kedudukannya.
“Semua ini bergantung kepada nisbah sokongan Pas, PKR, DAP dan BN untuk tentukan majoriti,” katanya.
Sebelum ini, Abdul Khalid bertegas enggan jawatannya diganggu sesiapa dan mahu kekal sehingga akhir penggal iaitu pada 2018.
Katanya, itu merupakan janji yang dimeterai bersama rakyat Selangor dan tidak akan lari dari amanah dipikul.

0 Komentar untuk "Teguh pendirian, Khalid 'seronok' jadi MB"