SHAH ALAM - Orang ramai yang membuat kecaman serta ejekan melampau di laman media sosial terhadap seorang wanita yang didakwa sebagai pembuli jalan raya sebenarnya turut boleh digelar sebagai pembuli siber.
Pakar Psikologi & Kaunseling Universiti Malaysia Terengganu, Prof Madya Ruhani Mat Min berkata, sikap pembuli siber yang melakukan kecaman tanpa mempunyai maklumat sahih hanya akan memberikan kesan lebih buruk kepada wanita tersebut.
Kelmarin, rakaman berdurasi lebih kurang dua minit yang dimuatnaik di laman sosial menunjukkan seorang pemandu wanita mengamuk dan menggunakan pengunci stereng untuk menghentak kereta milik seorang warga emas selepas berang keretanya dilanggar.
Rakaman itu menjadi perbualan hangat sehingga gambar dan maklumat peribadi wanita tersebut turut disebarkan dan menjadi bahan kutukan serta ejekan ramai pengguna media sosial.
“Pembuli siber ini mahu cari salah orang sahaja tanpa mengambil kira faktor sebenar perkara itu berlaku.
“Mungkin individu yang menjadi 'viral' di laman sosial itu melakukan kesalahan, tetapi kita sebagai masyarakat tidak perlu membuat kecaman kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah,” kata Ruhani kepada Sinar Harian.
Kata beliau, sepatutnya pembuli siber ini perlu memikirkan apa kesan kepada mangsa yang dikecam kerana ia melibatkan maruah seseorang.
“Jangan kita hukum seseorang itu dengan hanya melihat kepada satu kejadian tersebut, sedangkan kita tidak tahu apa yang berlaku kepadanya. Mungkin dia dalam keadaan tertekan, sehingga terpaksa melepaskan dengan cara tersebut.
“Tengok juga kejadian itu berlaku waktu bila, mungkin jika waktu pagi senarionya berbeza. Tapi kalau berlaku selepas waktu tengah hari, ada kemungkinan individu itu bertindak sedemikian kerana sudah banyak perkara yang berlaku terhadap dirinya (pada hari itu),” katanya.
Sementara itu, insiden tersebut turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang menyifatkan tindakan mengecam wanita tersebut seperti pembuli siber.
“Kita boleh kritik tindakan dia (wanita itu), tapi menamakan, memalukan dan membuli dia secara siber hanya membuatkan sikap kita sama (seperti apa yang dikecam),” katanya dipetik dari laman Twitter miliknya.

0 Komentar untuk "Kaunselor: Kita pun pembuli juga"