Kritikan melampau peguam Umno yang dilemparkan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail jika dilantik sebagai menteri besar dikecam ramai pihak. Gambar fail The Malaysian Insider.
Kenyataan peguam Umno Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mengaitkan 'keuzuran' sebagai halangan seorang wanita menjadi menteri besar disifatkan sebagai diskriminasi terhadap wanita, kata pengkritik, sambil menegaskan bukan syarat wajib pemimpin menunaikan solat di sebelah Sultan.
Dr Maszlee Malik, pemerhati sosiopolitik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, menyelar Hafarizam sebagai seorang yang dangkal dan merendahkan martabat wanita.
"Kenyataan peguam itu yang wanita tidak layak menjadi menteri besar bukan saja tidak berasas daripada segi perundangan, malah berbau diskriminasi gender serta terlalu dangkal," katanya kepada The Malaysian Insider.
Maszlee berkata, pada waktu negara Islam moden mengiktiraf peranan wanita, sikap Hafarizam dilihat menafsir undang-undang dengan jumud.
"Tidak terbayang pada zaman yang moden ini, di mana wanita menjadi perdana menteri dan presiden di negara maju dan negara umat Islam, masih terdapat mereka yang mentafsirkan undang-undang dengan sedemikian jumud," katanya.
Katanya, tidak ada undang-undang dalam negara menghalang seorang wanita menjadi pemimpin tertinggi negara sekalipun.
"Hakikatnya, tiada halangan bagi wanita untuk menjadi menteri besar, ketua menteri, malah PM di Malaysia, sama ada daripada sudut Perlembagaan Persekutuan mahupun undang-undang tubuh negeri," katanya.
Sementara itu, bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin membidas tindakan menggunakan agama oleh Hafarizam bagi menyokong hujahnya wanita tidak boleh menjadi MB.
"Orang politik jangan soal tentang agama. Politik adalah politik, agama serah pada orang agama," katanya.
Asri berkata, kenyataan Hafarizam sebagai tidak wajar, bahkan tiada syarat mengatakan seorang pemimpin itu wajib bersembahyang di sebelah Sultan.
"Perkara begini bukan satu masalah untuk jadi pemimpin. Bukan syarat menteri itu kena sembahyang tepi Sultan.
"Kemuliaan bukan syarat dalam Islam. Sultan datang sembahyang, menteri kena datang sembahyang," kata Asri kepada The Malaysian Insider.
Malah, Asri juga menyelar tindakan Hafarizam menggunakan isu haid sebagai alasan seorang wanita tidak boleh dilantik jadi pemimpin.
"(Isu) haid tidak boleh jadikan alasan, tidak ada syarat Sultan hendak sembahyang, menteri kena pergi," katanya.
Asri berkata, Hafarizam sepatutnya tidak menggunakan alasan tidak munasabah walaupun tidak bersetuju sekiranya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Izmail dilantik sebagai MB.
"Kalau hendak kata Wan Azizah itu tidak sesuai, kata sajalah, tidak perlu mainkan dengan isu agama.
"Saya tidak tahu sesuai atau tidak (Wan Azizah sebagai MB), itu bukan urusan saya," katanya.
Hafarizam sebelum ini berkata faktor 'keuzuran' menjadi halangan besar buat presiden PKR itu sekiranya dipilih menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau berkata, MB wanita tidak praktikal kerana mempunyai halangan menunaikan tuntutan rasmi agama dengan atau mewakili pemerintah Melayu.
Wan Azizah disebut-sebut antara calon terdekat bakal dilantik menggantikan Khalid tidak lama lagi, selain Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, iaitu sebahagian agenda "Langkah Kajang".
Langkah Kajang pada mulanya mahu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih Selangor daripada Khalid, namun gagal apabila ketua umum PKR itu berdepan risiko hukuman penjara ekoran kes Liwat II, selain dikatakan tidak "direstui" PAS jika menjadi ketua eksekutif negeri itu.
Wan Azizah menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada Mac lalu, dengan memperolehi 16,741 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun (11,362 undi). – 17 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/wanita-boleh-jadi-pemimpin-tidak-wajib-solat-sebelah-sultan-kata-pengkritik#sthash.bYrr5A7E.dpuf

0 Komentar untuk "Wanita boleh jadi pemimpin, tidak wajib solat sebelah Sultan, kata pengkritik"