Pantasnya teknologi sekarang - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Pantasnya teknologi sekarang

SHAH ALAM - Kecanggihan teknologi hari ini, selain membolehkan orang ramai berkongsi cerita dalam masa singkat turut menyebabkan ketiadaan privasi dalam kehidupan seseorang.

Ini terbukti melalui kes terbaharu berhubung video seorang wanita dan seorang warga emas yang terlibat dalam satu pelanggaran kecil di Pahang.

Video pergaduhan itu menjadi viral dalam masa yang singkat dan sekelip mata, rakyat Malaysia mempunyai sesuatu yang sama untuk dibincangkan, menggantikan cerita Piala Dunia 2014 yang baru berakhir.

Hanya bermula dengan rakaman yang agak kabur, pengguna media sosial kemudian mendapat tahu latar belakang wanita dan warga emas terbabit.

Kedua-dua mereka yang terlibat dalam insiden itu kini menjadi terkenal kerana media sosial, tetapi mungkin untuk sebab yang berbeza.

0 Komentar untuk "Pantasnya teknologi sekarang"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI