ALHAMDULILLAH semakin ramai artis wanita Malaysia kini yang berhijrah untuk mengenakan hijab sepenuhnya sebagaimana yang dituntut oleh ajaran Islam.
Selepas Neelofa tampil ayu dengan berhijab penuh, terbaru penyanyi bersuara lantang, Ziana Zain turut tampil mengenakan hijab.
Ziana Zain atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 46, ketika hadir menjayakan rakaman MeleTop Raya Astro baru-baru ini, mengesahkan bahawa imej baharu tersebut sebagai penghijrahan kekalnya sehingga ke akhir hayat.
“Ini adalah hadiah yang ALLAH SWT berikan kepada saya, sebuah ganjaran yang dijanjikan setelah tidak putus-putus doa daripada peminat, kawan-kawan dan yang paling termakbul adalah doa kedua ibu bapa saya.
“Alhamdulillah, saya kira ini adalah hadiah terbesar buat saya daripada ALLAH SWT di hari baik dan bulan mulia ini. Bermula hari Nuzul al-Quran, secara terbuka saya mahu mengumumkan kini sudah berhijab sepenuhnya.
“ALLAH SWT telah berikan apa yang mereka semua mohon, sementara itu juga dibukakan pintu hati saya menerima syariat agama ini. Setelah beberapa tahun saya memasang niat, akhirnya hari yang dinanti sudah tiba. Perasaan yang datang itu bukan rasa yang biasa tetapi kuasa yang luar biasa” kata Ziana yang dipetik menerusi kenyataannya di sebuah portal.
Terdahulu desas desus yang memperkatakan mengenai Ziana yang mula berhijab sempena bulan Ramadan hangat diperkatakan, kerana beberapa keping gambar di laman sosial menunjukan Ziana lengkap memakai hijab tersebar, dan ada yang mengatakan bahawa Ziana sudah mula mengenakan hijab, namun tidak ada kenyataan yang dibuat olehnya.
Mengulas lanjut Ziana berkata beliau tidak risau dengan rezeki dalam kariernya selepas ini dan percaya semua itu di tangan Tuhan dan beliau hanya melaksanakan perintah-Nya.
“Perkara ini semua rezeki ALLAH. Tidak kira bertudung atau tidak, kenapa harus kita takut dengan momokan tentang tawaran yang akan berkurangan? Saya cuma jalankan perintah ALLAH. Lagipun saya lihat peminat juga menyokong penghijrahan seseorang artis,” ujarnya.

0 Komentar untuk "Ziana Ziana kini berhijab penuh"