SHAH ALAM - Penganalisis politik berpandangan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad wajar dikenakan tindakan undang-undang dan bukan hanya memohon maaf kepada Sultan Selangor kerana kenyataannya itu disifatkan sebagai mencabar kekebalan institusi Raja-Raja Melayu.
Pengarah Institut Pengajian Kewartawanan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Ismail Sualman berkata, sekiranya tidak dihukum kritikan terhadap institusi raja akan berterusan malah, tidak mustahil suatu masa nanti rakyat menganggap raja dan sultan tidak diperlukan dalam pentadbiran negeri.
“Sebelum ini banyak pihak luar mempertikai perkara sama, jadi jika tidak dikekang ia akan menjadi barah yang merosakkan institusi raja.
“Kritikan ini menjadi satu gerakan liberalisme yang disengajakan mengurangkan kekebalan raja-raja dan suatu masa nanti rakyat akan anggap tak perlukan raja,” katanya.
Katanya, tindakan Khalid mempersoalkan kuasa eksekutif Mais dan mencadangkan kuasa eksekutif pihak berkuasa agama itu ditarik balik dilihat sebagai mencabar dan bukannya memberi cadangan.
"Khalid cabar bukan cadang kalau cadang bawa dalam Parlimen atau tempat mesyuarat bersama, menggunakan saluran yang betul dan tertib.
“Dia sepatutnya faham protokol raja bukan persoalan cadang, ini hak istimewa raja, kerana tindakan itu akan mendatangkan persepsi seolah-olah rakyat tidak perlukan sultan lagi” katanya.
Ismail berkata, gesaan Khalid menggambarkan tindakan Mais dan Jais rampas Bible itu salah, sedangkan gerak kerja berkenaan telah mendapat perkenan sultan sendiri.
“Pada pendapat saya, arahan sultan itu sebagai mempertahankan kemurnian Islam di Selangor dan mengekang murtad. Sebaliknya apa yang diperhatikan Khalid dan konco-konconya membangkang tindakan itu untuk kecemerlangan politik mereka.
“Perkara ini sepatutnya disuarakan sendiri pemimpin DAP bukannya Pas. Sewajarnya dalam kontradiksi rampasan Bible itu Khalid dan Pas menyokong bukannya membantah kerana rampasan ialah satu tindakan wajar dalam hal penguatkuasaan,” tegasnya.

0 Komentar untuk "Penganalisis: Khalid Samad perlu dihukum"