SHAH ALAM - Orang ramai dinasihatkan supaya tidak berterusan memburukkan individu yang mengamuk ekoran keretanya dilanggar sehingga menjadi topik panas di laman sosial sejak kelmarin.
Penceramah, Kapten (B) Datuk Mohd Najmuddin Elias berkata, ia tidak sepatutnya dilakukan kerana perbuatan sebegitu mendedahkan aib seseorang.
“Sepatutnya bulan puasa melatih kita tidak membuka aib sesiapa. Kita orang luar tidak tahu pun siapa yang bersalah.
“Jaga adab, jangan sesuka hati membuat tuduhan sedangkan kita sendiri tidak tahu hujung pangkal.
"Memandangkan sekarang dunia terlalu canggih, ramai yang tidak berhati-hati mengeluarkan kata-kata sehingga memburukkan seseorang,” katanya kepada Sinar Harian.
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai jika terlibat dengan situasi serupa dengan individu tersebut, mereka perlu lebih bersabar dan menyelesaikan dengan cara baik tanpa perlu menimbulkan pergaduhan.
“Patutnya banyakkan bersabar. Dengan kecanggihan IT sekarang, orang boleh buat apa sahaja sehingga boleh memalukan diri sendiri.
“Kedua-dua pihak yang terlibat dalam kemalangan juga sepatutnya perlu lebih berhati-hati supaya tidak mengundang insiden sehingga menyebabkan perkara itu berlaku. Selesai cara elok lagi baik. Tak perlu bergaduh,” katanya.

0 Komentar untuk "Jangan buka aib orang"