Ustaz Kazim dipecat Ogos lalu, kata Setiausaha Agung PAS - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Ustaz Kazim dipecat Ogos lalu, kata Setiausaha Agung PAS

DECEMBER 04, 2013
Penceramah agama, Mohammad Kazim Elias dilantik sebagai ahli MT Umno. Gambar oleh kringg.blogspot.com.Penceramah agama, Mohammad Kazim Elias dilantik sebagai ahli MT Umno. Gambar oleh kringg.blogspot.com.Penceramah agama yang dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno, Mohammad Kazim Elias dipecat daripada PAS dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat 25 Ogos lalu, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Beliau dipecat bersama tiga lagi bekas ahli PAS yang dikira menyerang PAS sepanjang kempen pilihan raya umum ke-13 lalu.
Tiga lagi yang dipecat bersama beliau adalah Norman Toha (bekas Setiausaha Perhubungan PAS Selangor), Hasan Basri (bekas pemimpin PAS di Selangor) dan Hafis Nordin (bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang).




Mustafa berkata, mereka adalah kumpulan kedua dipecat oleh PAS selepas pilihan raya umum ke-13 selesai Mei lalu.
"Memang nama mereka mula disebut supaya dipecat dalam mesyuarat Mei lalu. Namun pemecatan dikuatkuasakan dalam mesyuarat selepas itu kerana dalam mesyuarat pertama itu kita pecat mereka yang terlibat secara langsung menentang PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum," katanya.
Dalam mesyuarat pada Mei, mereka yang dipecat adalah yang menjadi calon bebas dan pencadang kepada pencalonan mereka yang menentang calon PAS atau Pakatan Rakyat.
"Biarlah dia kata dia keluar PAS. Tetapi bagi PAS, kita sudah pecat dia Ogos lalu," katanya merujuk kepada kenyataan Kazim yang berkata dia keluar daripada PAS.
Bernama melaporkan, Kazim mengumumkan keputusan keluar daripada PAS kerana kecewa dengan tohmahan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya oleh pucuk pimpinan dan anggota parti itu sejak sekian lama.
Beliau berkata, fitnah dan tohmahan itu semakin bertubi-tubi apabila beliau ditawarkan tempat sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini, meskipun beliau belum menyatakan pendirian mengenai pelantikan itu.
"Saya masih sayang kepada PAS dahulu yang dibawa oleh arwah Ustaz Fadzil Noor, yang betul-betul memperjuangkan konsep sebenarnya tapi saya kecewa dengan PAS sekarang kerana apabila dinasihat, ditegur dikatakan barua dan anjing Umno sedangkan saya adalah anggota PAS dan tidak pernah daftar sebagai ahli Umno," katanya.
Ustaz Kazim ditemui selepas mengadakan pertemuan hampir sejam dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabatnya di bangunan Parlimen Isnin lalu berhubung pelantikannya sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno. – 4 Disember, 2013.
0 Komentar untuk "Ustaz Kazim dipecat Ogos lalu, kata Setiausaha Agung PAS"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI