Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Tengku Ahmed Shah kesal dengan sikap kerajaan tempatan yang dilihat seolah-olah menganaktirikan syarikat perniagaan anak tempatan, Sabasun Hyper Runcit Sdn Bhd pada hal dalam masa sama meraikan kemasukan pasar raya luar ke negeri ini.
Beliau berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku dan Sabasun patut diberi peluang serta dibanggakan kerana mereka sedia bersaing dengan pasar raya multinasional seperti Mydin dan Giant tanpa sebarang rungutan namun realitinya Sabasun dilihat tidak mendapat sokongan kerajaan tempatan apabila pihak terlibat enggan memperbaharui lesen syarikat perniagaan runcit itu.
Sehubungan itu, Raja Bahrin turut mempersoalkan tindakan kerajaan tempatan dan mengakui pelik dengan sikap seolah-olah meletakkan birokrasi kepada pemilik pasar raya tersebut yang sepatutnya diberi peluang sewajarnya tetapi tidak mendapat kerjasama apabila sehingga akhir tahun lalu, lesen perniagaan syarikat Sabasun di Bukit Kecil tidak boleh diperbaharui tanpa sebarang alasan.
“Kenapa permohonan lesen Sabasun untuk disambung tiada respon? Kenapa tidak mahu beri kepada orang macam ini? Pada hal telah terbukti ini bukan peringkat kecil, peringkat besar.

"Kira boleh berbanggalah kita. Kenapa kita mahu bunuh orang yang terbukti kemampuan dia, tidak menyusahkan kerajaan, tidak minta pinjaman kerajaan, tidak minta subsidi, dia buat kerja dia dan orang kita pun berbangga.
“Kenapa tidak benarkan Sabasun bersaing? Sampai bila Melayu hendak maju. Sabasunlah patut ditonjolkan kerana kita hendak orang tempatan berjaya, orang Melayu berjaya tetapi adakah ini cara hendak perkasakan orang Melayu? Kita bukan hendak sekat kemasukan pasar raya luar tapi biar berpatutan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Tekanan bertimpa-timpa
Sejak akhir-akhir ini riuh mengenai tekanan yang dihadapi syarikat berkenaan yang turut tersebar dalam laman facebook dan mendapat perhatian ramai pengguna di negeri ini.
Raja Bahrin berkata, bukan hanya Sabasun Bukit Kecil yang tidak akan disambung lesen perniagaan, malah Sabasun di Wakaf Tembesu pula bakal berdepan dengan masalah pengambilan balik tanah dengan ala-san mahu dibangunkan Bandar Baru Perkasa Alam.
Raja Bahrin berkata, tekanan terhadap Sabasun sudah tentu bertimpa-timpa apatah lagi pasar raya lain tidak mengalami masalah sedemikian seperti Giant yang turut berada di kawasan terlibat, selain dua pasar raya lain yang dikhabarkan akan dibina di Wakaf Tembesu.
“Kesemua jumlah pasar raya di wakaf tembesu akan jadi empat tetapi pihak terlibat mahu tiga pasar raya sahaja, Sabasun dia mahu buang.
"Patutnya buanglah yang lain, biar Sabasun bersaing tetapi ini bukan persaingan yang sihat.
"Orang tempatan mahu bertanding kita tidak mahu bagi pula, patut biarlah berdaya saing lagipun kebolehan sudah terbukti,” katanya.
Dalam masa sama, beliau turut melahirkan rasa hairan dengan pihak kerajaan kerana tidak bersungguh-sungguh dari sudut pemerkasaan Melayu sebagaimana dilaungkan kerana isu sedemikian tidak memperlihatkan usaha ke arah itu.
“Mana konsep hendak perkasa-kan orang Melayu dan orang Melayu macam mana hendak diperkasakan. Adakah hendak macam Mydin? Sabasun yang boleh bersaing akan ditutup sedangkan pemilik Sabasun kata tak mengapa (dibangunkan pasar raya lain) tidak pernah minta kerajaan tutup, Giant atau Mydin dia kata sanggup bersaing, kenapa hendak tutup Sabasun.
“Ramai orang Terengganu tidak sangka Sabasun akan mengalami nasib sebegini dan ketika saya timbulkan perkara ini di Parlimen (dua minggu lepas), Ahli Parlimen lain pun sedih kenapa tidak mahu bantu orang tempatan.
"Ahli Parlimen Perak dan Selangor, mereka kata baguslah ada ‘supermarket’ orang Melayu.
"Saya tunjuk gambar Sabasun, saya kata tidak canggih sangat tapi supermarket orang Melayu, pekerja orang Melayu Islam dari kalangan orang muda, kita tengok sejuk hati,” katanya.
Tidak patut kait isu parti
Beliau turut meminta kerajaan tempatan melihat perkara itu dengan lebih sensitif dan mengimbangi pembangunan termasuk melibatkan pembangunan pasar raya.
Ditanya mengenai isu pemilik Sabasun yang dikaitkan dengan pembangkang, beliau memberitahu, isu parti tidak sepatutnya dikaitkan kerana parti adalah hak kebebasan masing-masing dalam sebuah negara demokrasi.
Menurutnya, sekalipun pemilik tersebut pembangkang, syarikat tersebut tidak membuat perkara yang membahayakan keselamatan dan mengucar-ngacirkan keamanan negara.

Jelasnya, soal mengeluarkan lesen perniagaan juga tidak kaitan langsung sama ada pemilik tersebut Pas atau Umno.
“Saya rasa ini tidak timbul langsung kerana dia rakyat Malaysia, orang Islam, orang Melayu. Kalau dia membangkang dan mengganggu gugat keamanan, lainlah.
"Dia orang Melayu yang memerlukan pembelaan. Ada syarat tertentu kah untuk mengeluarkan lesen, mesti jadi ahli parti tertentu?
"Saya rasa orang BN sendiri pun sedih Sabasun hendak ditutup, orang Umno sendiri pun membeli di Sabasun,” katanya.
Kerajaan negeri tidak terlibat: MB
Kerajaan Negeri tidak terlibat dalam pemberian lesen perniagaan, sebaliknya diuruskan oleh pihak berkuasa tempatan di daerah masing-masing.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, isu mengenai lesen perniagaan Sabasun yang dikatakan tidak diperbaharui, harus dirujuk kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).
“Saya tidak tahu mengenai hal itu, kena tanya pada MBKT yang keluarkan lesen setiap tahun. Mungkin ada perkara yang tidak dipenuhi, saya tidak tahu.
"Kita tidak boleh ambil sumber daripada internet samata-mata, kita tidak tahu ia betul atau tidak.
“Lagipun sumber internet ini lebih kepada khabar angin, spekulasi. Kita kena lihat sumber itu dahulu, kita mestilah adil kepada kerajaan, jangan bersumberkan kepada internet semata-mata,” katanya.

0 Komentar untuk "Kesal Sabasun dianaktirikan"