Pelakon dan pengarah terkenal, Erma Fatima telah membayar wang tuntutan daripada pelakon Rabecca Nur Al-Islam sebanyak RM11,200 dalam bentuk wang syiling 5 sen sehingga menimbulkan rasa kurang senang pelakon itu dan meminta Erma membayar wang tuntutan itu dengan cara berhemah. 
 
Difahamkan, Erma bukan sahaja membayar saman tersebut dengan menggunakan syiling malah turut memberikan senaskah Al-Quran kepada Becca. 
 
Dalam pada itu, Erma turut memberi komen di Twitter mengenai tindakannya itu;
 
"Aiyoooooo!  Takan pasal 5 sen i jd gaduh!  Tak salahkan kalau i nk byr dia dgn duit apa pun asal i byr.
 
"Adakah quran yg selalu d jd kan hantaran kahwin satu sindiran?Sy mahu quran jd saksi pembayaran sy. Tu je!" Ujarnya. 
 
Dalam perkembangan sama, tidak mahu isu ini berlarutan, Erma dilihat memadamkan beberapa foto di Instagram berhubung tindakannya ini. 
 
Pada 8 November lalu, Rabecca berjaya memenangi kes tuntutan terhadap Erma Fatima apabila mahkamah mengarahkan Erma mengembalikan baki jumlah wang lakonan Rabecca menerusi drama 'Dejavu Di Kinabalu' sebanyak RM11,200 termasuk lima peratus faedah daripada bayaran selain membayar kos guaman kepadanya.