RMK10 - Kelapa Sawit - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

RMK10 - Kelapa Sawit

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/6/10/mstar_berita/20100610153557&sec=mstar_berita


KUALA LUMPUR: Malaysia menetapkan sasaran untuk meningkatkan keluaran industri minyak sawit kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak RM21.9 bilion dan pendapatan eksport mencecah RM69.3 bilion, dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10)(2011-2015).

Untuk mencapai sasaran itu, kerajaan akan mempromosikan Malaysia sebagai hab global minyak sawit dan destinasi pilihan pelaburan asing seperti dalam bidang pengeluaran produk berasaskan oleokimia, penyediaan kemudahan pukal dan aktiviti penyelidikan dan pembangunan.

Pada 2009, sektor ini menyumbang RM17 bilion atau 3.3 peratus kepada KDNK dan pendapatan eksport bernilai RM49.6 bilion, kata Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dalam Laporan Rancangan Malaysia ke-10 (2011-2015) yang dikeluarkan di sini hari ini.

Inisiatif lain yang akan dilaksanakan ialah membangunkan Kluster Industri Berasaskan Minyak Sawit (POIC) sebagai kawasan bersepadu untuk mempromosi aktiviti hiliran seperti biobahan api, oleokimia, biobaja, produk makanan khusus, produk biojisim, nutraseutikal dan farmaseutikal.

Menurut laporan itu, masih wujud peluang yang belum diteroka sepenuhnya bagi meningkatkan pertumbuhan sektor ini, terutama dalam aktiviti hiliran.

Kerajaan juga menggalakkan amalan pertanian baik, pengurusan agronomik dan mekanisasi, terutama di kalangan pekebun kecil, dan melaksanakan perolehan secara berpusat input pertanian seperti baja dan racun perosak untuk mengurangkan kos input di kalangan pekebun kecil.

Malaysia merupakan peneraju global dalam industri minyak sawit dan oleokimia asas.

Dalam tempoh 2005 hingga 2009, jumlah kawasan tanaman kelapa sawit meningkat sebanyak 15.8 peratus kepada 4.69 juta hektar, dan pengeluaran minyak sawit mentah meningkat sebanyak 17.4 peratus kepada 17.6 juta tan.

Walaupun pencapaian tersebut membanggakan, industri minyak sawit masih menghadapi isu produktiviti yang rendah di kalangan pekebun kecil, kos pengeluaran yang semakin meningkat dan kebergantungan kepada buruh asing dalam aktiviti huluan. - BERNAMA
0 Komentar untuk "RMK10 - Kelapa Sawit"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI