mStar Online : RMK10 - Pembelajaran
KUALA LUMPUR: Pendidikan yang berkualiti dan mampu dibayar telah meningkatkan kadar kemasukan dan penyertaan di peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah.
Pencapaian Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pada 2005 menunjukkan pada peringkat prasekolah, kadar penyertaan bagi kanak-kanak berumur empat hingga lima tahun meningkat daripada 63 peratus pada 2005 kepada 67.6 peratus pada 2009.
Manakala bilangan sekolah rendah meningkat daripada 7,601 pada 2005 kepada 7,664 pada 2009 dan bilangan sekolah menengah meningkat daripada 2,028 kepada 2,219.
Pencapaian itu terkandung dalam laporan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) yang dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri hari ini.
Laporan itu berkata, langkah juga diambil bagi meningkatkan kualiti guru dengan peratusan guru berijazah di sekolah rendah meningkat daripada enam peratus pada 2005 kepada 28 peratus pada 2009.
Manakala peratusan guru berijazah di sekolah menengah meningkat daripada 82 peratus kepada 89 peratus.
Kemasukan dalam pengajian tinggi juga meningkat daripada 649,000 pada 2005 kepada 949,000 pada 2009 yang menyaksikan kadar penyertaan dalam kumpulan umur 17-23 tahun meningkat daripada 27 peratus pada 2005 kepada 31.4 peratus pada 2009.
Laporan itu berkata, pengambilan dalam institusi latihan teknikal dan vokasional awam meningkat sebanyak 1.5 peratus setahun.
Pengambilan pelatih meningkat kepada 88,050 orang berikutan pembinaan 10 institusi latihan kemahiran dan naik taraf 16 lagi institusi sedia ada, kata laporan itu.
Pengambilan di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi tahap empat atau diploma dalam pusat latihan lanjutan awam meningkat daripada 7,110 pada 2005 kepada 29,840 pada 2009 yang menggambarkan tumpuan ke arah meningkatkan kemahiran bagi memenuhi kehendak industri.
Menurut laporan itu, di bawah dua pakej rangsangan ekonomi, seramai 76,940 graduan menganggur, lepasan sekolah dan pekerja yang diberhentikan telah diberi latihan.
Program pembelajaran sepanjang hayat telah dipertingkat melalui perluasan pembelajaran jarak jauh, e-pembelajaran, latihan semula dan peningkatan kemahiran yang ditawarkan oleh pelbagai institusi. - BERNAMA
BERITA INFORMASI TERKINI
ISU SEMASA
LIKE FACEBOOK
Networkedblogs
Popular Posts
-
Tular sebuah video seorang penceramah yang dikenali dengan nama Ustaz Wadi Annuar mengenai kisah menara yang dibina setinggi 15 kilometer (k...
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
Oleh AZLINARIAH ABDULLAH (WARTAWAN UTUSAN) KONFLIK di Darfur, perang di Iraq, pertikaian di Kashmir, kemelut di Afghanistan dan krisis susu...
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/memey-norman-doakan-abby-farhan-1.185038 " SAYA gembira dan sentiasa doakan yang terba...
-
Penganalisis politik mendapati Parti Sosialis Malaysia mampu memberi sumbangan kepada Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya. – Gambar fa...
-
SHAH ALAM - Kerajaan memang menyedari bahawa peningkatan jenayah kejam pada masa ini ada kaitan dengan pemansuhan Ordinan Darurat (EO)....
-
PETALING JAYA: Pelakon Zizan Razak berasa tertekan apabila timbul kontroversi terbaharu iaitu disaman lebih setengah juta ringgit oleh ...
-
Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini mengarahkan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) menerangkan kenapa beliau gagal menj...
-
" Tindakan PAS menhantar 3 nama , 2 dari PKR dan seorang dari PAS amat menepati dengan kehendak 2 pihak yang perlu dihormati, iaitu I...
BERITA HARI INI
Facebook Badge
Followers
Search This Blog
Popular Posts
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin telah menyatakan pandangannya tentang lelaki dan wanita bukan muhrim yang bersalaman, selepas gambar...
-
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi berkata, perbincangan beliau bersama Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali pagi tadi bukan mengen...
-
KUALA LUMPUR: "Mahkamah ini sangat kecewa dengan sikap tertuduh, orang bijak pandai, lulusan universiti, sepatutnya menjadi kebang...
-
TAHNIAH TUN!!!! Kerana berjaya mendidik anak angkat sehinga menempa kejayaan sebegini Patut la Tun marah sangat bila kerajaan nak halang jua...
-
PETALING JAYA: Aktivis Syed Azmi AlHabshi hari ini menegur Pemuda PAS kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pengharaman alkohol da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
PUTRAJAYA: "Semuanya terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada mahu kembali kepada Umno," kata Setiausaha Agung Umno Datuk S...
-
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS dan Amanah menerima hak...
THE BEST BLOG
THE BEST BLOG 2
MY TOP BEST WEB
BLOGGER POLITIK
BLOG
POLITIKUS
- Azmin Ali
- Datin Ismalina Ismail
- Dato' Haji Mahfuz Omar
- Dato' Ir. Haji Idris Haji Haron
- Dato' Saifuddin Abdullah
- Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo
- Dato' Seri Haji Abd Hadi Awang
- Datuk Mukhriz Mahathir
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam
- Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
- Datuk Shahrir Abdul Samad
- Kelab Maya Tun Dr. Mahathir
- Lim Kit Siang
- Mylangkawi Politik
- Nurul Izzah Anwar
- Najib Tun Abdul Razak
- PAS Kawasan Bangi
- PKR Langkawi
- Shamsul Iskandar Mohd Akin
- Tan Sri Sanusi Junid
- Tok Guru Nik Aziz
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Umno Bahagian Langkawi
- Zulkifli Noordin

0 Komentar untuk "mStar Online : RMK10 - Pembelajaran"