mStar Online : RMK10 - Subsidi - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

mStar Online : RMK10 - Subsidi

mStar Online : RMK10 - Subsidi



KUALA LUMPUR: Subsidi dan kawalan harga akan dirasionalisasi secara berperingkat untuk menghapuskan herotan pasaran, dalam Rancangan Malaysia Ke-sepuluh (RMK10).

Langkah itu telah dimulakan dengan subsidi gula, kata Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri dalam laporan Rancangan Malaysia Ke-sepuluh (RMK10) (2011-2015) di sini hari ini.

Laporan ini telah dibentang oleh Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menurut EPU, subsidi kini merupakan beban kewangan yang besar kepada kerajaan, iaitu 4.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) atau anggaran RM12,900 setahun bagi setiap isi rumah.

Memandangkan subsidi disalurkan melalui kawalan harga, ia berkata penetapan harga yang tidak berasaskan pasaran sering mengakibatkan lebihan penggunaan, pembaziran dan agihan sumber yang tidak tepat.

Pada masa ini, katanya subsidi yang diberikan kepada pengeluar akan ditukar kepada pemberian insentif berasaskan produktiviti.

Sebagai contoh, dalam industri perikanan, insentif akan diberikan berasaskan jumlah pendaratan ikan dan bukannya subsidi input.

Katanya kawalan harga ke atas industri dan pengguna akan dihapuskan secara berperingkat-peringkat untuk menggambarkan harga pasaran sebenar.

Dengan itu, menurutnya, keputusan pelaburan dan penggunaan oleh industri dan pengguna akan lebih berasaskan keadaan ekonomi sebenar serta persaingan dan produktiviti akan dapat dinilai dan diukur dengan lebih baik.

Namun, kerajaan tidak akan mengabaikan tanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan sosial seperti pendidikan, kesihatan dan kebajikan.

EPU berkata sebarang rasionalisasi subsidi ke atas perkhidmatan ini akan ditumpukan kepada meningkatkan kecekapan serta keberkesanan perkhidmatan tanpa mengurangkan standard perkhidmatan.

Golongan yang memerlukan dan berpendapatan rendah akan terus dibantu memandangkan sebahagian daripada penjimatan rasionalisasi subsidi ini akan disalurkan kepada mereka, katanya. - BERNAMA
0 Komentar untuk "mStar Online : RMK10 - Subsidi"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI