mStar Online : RMK10 - Sekolah - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

mStar Online : RMK10 - Sekolah

mStar Online : RMK10 - Sekolah



KUALA LUMPUR: Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10), ditetapkan lebih ramai kanak-kanak akan memasuki sekolah pada umur yang lebih rendah iaitu lima tahun selaras dengan amalan di negara maju.

Pelaksanaannya akan dilakukan secara berperingkat dan akan dimulakan di kawasan luar bandar dan perladangan terutama di sekolah yang kurang murid bagi membolehkan pelajar dari kawasan ini mendapat manfaat daripada asas pendidikan yang kukuh pada peringkat lebih awal.

Sehubungan itu kerajaan akan memberi tumpuan untuk meningkatkan dan memperluas pendidikan awal bagi menyediakan asas yang kukuh kepada lebih ramai kanak-kanak supaya mereka boleh berjaya.

Pendidikan prasekolah turut dijadikan fokus utama di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan.

Ia bertujuan untuk meningkatkan kadar enrolmen kepada 87 peratus pada tahun 2012 dan 92 peratus pada tahun 2015, berbanding sekitar 67 peratus pada masa ini.

Pada masa yang sama, kualiti pendidikan prasekolah akan terus dipertingkatkan.

Dalam tempoh 2010-2012, sebanyak RM2 bilion diperuntukan untuk program ini.

Sementara itu program pembangunan awal kanak-kanak berumur empat tahun dan ke bawah (PERMATA) akan diletak di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran untuk menyelaras dan mengintegrasikannya ke dalam sistem pendidikan formal.

Tumpuan Permata adalah kepada kanak-kanak daripada isi rumah berpendapatan bawah RM1,5000.

Sebanyak 181 buah pusat PERMATA akan dibina dengan peruntukan RM36 juta dalam RMK10. - BERNAMA
0 Komentar untuk "mStar Online : RMK10 - Sekolah"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI