mStar Online : RMK10 - Bantuan
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan program pembangunan bersepadu dan bantuan peningkatan keupayaan khusus bagi mengurangkan kemiskinan di kalangan Bumiputera di Sabah dan Sarawak dan masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia.
Menurut laporan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) yang dibentangkan di Parlimen hari ini, sasaran kerajaan adalah untuk mengurangkan jumlah kemiskinan dalam kalangan Orang Asli daripada 50 peratus pada 2009 kepada 25 peratus pada 2015, etnik minoriti Sabah daripada 22.8 peratus kepada 12 peratus manakala etnik minoriti Sarawak daripada 6.4 peratus kepada tiga peratus dalam tempoh yang sama.
Laporan itu juga menyebut bagi masyarakat Orang Asli, program pembangunan dan pemilikan tanah akan dilaksanakan bagi membolehkan mereka diberi hak milik dan menjadi petani yang aktif sementara program yang sama juga akan dipertimbangkan untuk dikaji kesesuaiannya pelaksanaan bagi etnik minoriti Sabah dan Sarawak.
Sementara itu bantuan juga akan diberikan kepada Bumiputera di Sabah dan Sarawak terutamanya etnik minoriti orang Asli untuk menjalankan aktiviti perniagaan seperti inap desa dan perkhidmatan eko pelancongan.
Bagi menangani kadar keciciran yang tinggi di peringkat sekolah menengah yang mana ia disebabkan faktor lokasi, akses kepada pendidikan Sekolah Model Khas akan diperluaskan.
Selain itu inisiatif juga akan diambil untuk membantu Bumiputera di Sabah dan Sarawak terutamanya etnik minoriti dan masyarakat Orang Asli iaitu dengan menubuhkan koperasi bagi memasarkan produk kraftangan mereka.
Laporan itu juga menyatakan bahawa kerajaan juga akan menyediakan bantuan kewangan kepada penduduk di kampung Baru Cina untuk menaik tarafkan rumah dan membiayai aktiviti peniagaan, antaranya dengan memperkenalkan skim pinjaman bagi membiayai bayaran premium dan memperbaharui tempoh pajakan tanah melalui institusi kewangan.
"Skim berkenaan juga akan disediakan bagi membantu penduduk untuk menaik taraf rumah serta menyediakan modal bagi menjalankan aktiviti perniagaan," kata laporan itu.
Sementara itu bagi memperbaiki taraf hidup pekerja ladang yang sebahagian besarnya berketurunan India, sejumlah RM109 juta akan diperuntukkan dalam tempoh 2011 dan 2012 untuk membekalkan air yang dirawat kepada ladang yang berkeluasan kurang daripada 1,000 ekar.
Menurut laporan itu kerajaan juga akan mengambil langkah untuk menggalakkan pemilik ladang menyediakan akses jalan dan kemudahan seperti rumah dan sekolah sementara program latihan dan latihan semula kemahiran sedia ada akan diperluas untuk melatih bekas pekerja ladang yang hilang pekerjaan. - BERNAMA
BERITA INFORMASI TERKINI
ISU SEMASA
LIKE FACEBOOK
Networkedblogs
Popular Posts
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
Oleh ABD. AZIZ ITAR (WARTAWAN UTUSAN) SKRIP merupakan elemen yang paling penting untuk menarik para penonton menghayati sesebuah jalan ceri...
-
Oleh Kamal Ahmad DI SEPANYOL, kerajaan membelanjakan 1 bilion euro (kira-kira RM5 bilion) untuk menyediakan infrastruktur di Valencia selaku...
-
Berikut keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 di Melaka. P.134 MASJID TANAH Pengundi: 51,441 (M-83.17%, C-11.96%, I-3.71%, L-1.1...
-
SHAH ALAM: Ahli perniagaan kontroversi, Nur Sajat, didenda RM2,700 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga kesalahan membabitka...
-
DATUK Bandar masih tunggu respons pemilik untuk selesai masalah berbangkit. Bagi mendapatkan maklum balas MBKT mengenai isu Sabasun Hyp...
-
Rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan kes Liwat II yang bermula semalam diteruskan hari i...
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
SHAH ALAM - Berikut ialah intipati Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di...
-
Islam, Kristian dan Yahudi adalah tiga agama Samawi yang sebenarnya mempunyai kepercayaan kepada Tuhan yang sama. Agama Yahudi menyebu...
BERITA HARI INI
Facebook Badge
Followers
Search This Blog
Popular Posts
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin telah menyatakan pandangannya tentang lelaki dan wanita bukan muhrim yang bersalaman, selepas gambar...
-
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi berkata, perbincangan beliau bersama Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali pagi tadi bukan mengen...
-
KUALA LUMPUR: "Mahkamah ini sangat kecewa dengan sikap tertuduh, orang bijak pandai, lulusan universiti, sepatutnya menjadi kebang...
-
TAHNIAH TUN!!!! Kerana berjaya mendidik anak angkat sehinga menempa kejayaan sebegini Patut la Tun marah sangat bila kerajaan nak halang jua...
-
PETALING JAYA: Aktivis Syed Azmi AlHabshi hari ini menegur Pemuda PAS kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pengharaman alkohol da...
-
PUTRAJAYA: "Semuanya terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada mahu kembali kepada Umno," kata Setiausaha Agung Umno Datuk S...
-
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS dan Amanah menerima hak...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
SHAH ALAM: PAS bertekad tidak akan menyerahkan kerusi Parlimen yang parti itu menangi pada pilihan raya umum (PRU) lalu kepada rakan pe...
THE BEST BLOG
THE BEST BLOG 2
MY TOP BEST WEB
BLOGGER POLITIK
BLOG
POLITIKUS
- Azmin Ali
- Datin Ismalina Ismail
- Dato' Haji Mahfuz Omar
- Dato' Ir. Haji Idris Haji Haron
- Dato' Saifuddin Abdullah
- Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo
- Dato' Seri Haji Abd Hadi Awang
- Datuk Mukhriz Mahathir
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam
- Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
- Datuk Shahrir Abdul Samad
- Kelab Maya Tun Dr. Mahathir
- Lim Kit Siang
- Mylangkawi Politik
- Nurul Izzah Anwar
- Najib Tun Abdul Razak
- PAS Kawasan Bangi
- PKR Langkawi
- Shamsul Iskandar Mohd Akin
- Tan Sri Sanusi Junid
- Tok Guru Nik Aziz
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Umno Bahagian Langkawi
- Zulkifli Noordin
0 Komentar untuk "mStar Online : RMK10 - Bantuan"