mStar Online : RMK10 - Alam Sekitar - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

mStar Online : RMK10 - Alam Sekitar

mStar Online : RMK10 - Alam Sekitar



KUALA LUMPUR: Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) akan memberi penekanan kepada penggunaan tenaga boleh diperbaharu dan peningkatan kecekapan tenaga selain fokus kepada pewujudan bangunan mesra alam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya dalam tempoh RMK10, pelbagai langkah seperti garis panduan, piawaian dan undang-undang berkaitan akan diperkenal bagi memastikan penggunaan tenaga, termasuk penurunan tahap pelepasan gas rumah hijau.

Antara lain, kerajaan juga akan memperkenalkan 'Feed in Tariff" dan Dana Tenaga Boleh Diperbaharu bagi menggalakkan perkembangan aplikasi tenaga boleh diperbaharu, kata beliau ketika membentangkan RMK10 di Dewan Rakyat hari ini. Perumahan mesra alam akan diperkenalkan di samping Putrajaya dan Cyberjaya akan dijadikan model perintis bagi bandar hijau contoh, katanya.

"Kerajaan juga akan menerajui usaha melaksanakan piawaian bangunan hijau. Bangunan baru kerajaan akan direka bina untuk mematuhi piawaian bangunan hijau.

"Kecekapan tenaga bangunan sedia ada kerajaan juga akan ditambah baik dan sebagai contoh suri tauladan, bangunan Pejabat Perdana Menteri akan dinaik taraf untuk mematuhi penarafan hijau Gold Standard," kata Najib.

Katanya, kerajaan juga akan menggalakkan pewujudan peluang ekonomi daripada usaha pemuliharaan alam sekitar.

"Sebagai contoh, ekopelancongan menyediakan pelbagai peluang menjana pendapatan bagi masyarakat setempat untuk menggalakkan pemuliharaan flora dan fauna negara.

"Kita juga harus merebut peluang daripada arus perdana global, di mana permintaan bagi produk, perkhidmatan dan teknologi hijau semakin meningkat," katanya.

Beliau turut menyeru supaya industri menggunakan insentif yang disediakan melalui Skim Pembiayaan Teknologi Hijau sebanyak RM1.5 bilion bagi menpertingkatkan aplikasi teknologi hijau dan pengeluaran produk dan penyediaan perkhidmataan. - BERNAMA
0 Komentar untuk "mStar Online : RMK10 - Alam Sekitar"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI