mStar Online : RMK10 - ICT - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

mStar Online : RMK10 - ICT

mStar Online : RMK10 - ICT



KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus menambah baik produktiviti melalui penggabungan infrastruktur ICT keseluruhan kerajaan dengan kos yang dianggarkan lebih kurang RM650 juta, kata Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri.

Menurut EPU, langkah itu akan mengurangkan pertindihan dan menambah baik kecekapan hasil daripada pengurusan dan penyelenggaraan berpusat bagi infrastruktur yang dikongsi bersama.

"Ini akan memberi penjimatan kos secara berperingkat bila mana lebih banyak agensi beralih kepada rangkaian dan pusat yang dikongsi bersama," demikian menurut EPU dalam Laporan Rancangan Malaysia Ke-10, yang dikeluarkan di sini.

Laporan ini dibentangkan di Parlimen oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Bagi maksud ini, kerajaan akan memperkemas seni bina ICT, mempermudah dan menggabungkan operasi ICT dan melaksanakan penilaian kos faedah bagi mendapat lebih nilai daripada projek ICT.

Sementara itu, EPU berkata langkah kerajaan dalam memacu produktiviti bagi memastikan penggunaan kewangan awam yang berhemat akan menjimatkan kos dengan anggaran antara lima hingga 10 peratus.

Menurut unit ini, kerajaan akan melaksanakan analisis pengurusan nilai dan penilaian kos kitaran hayat bagi perolehan, mengambil pendekatan keseluruhan kerajaan secara berpusat dalam perolehan, mengkaji piawaian dan peraturan perolehan dan memastikan kontrak diurus secara telus.

"Penerimaan, penyesuaian dan penerapan amalan terbaik akan terus diperkukuh bagi mendapatkan nilai untuk wang," katanya.

Menurut EPU, program dan projek pembangunan yang bernilai RM50 juta atau lebih perlu melaksanakan analisis pengurusan nilai, manakala kementerian dan agensi yang melaksanakan projek bernilai kurang daripada RM50 juta juga digalak menjalankan analisis yang sama. - BERNAMA
0 Komentar untuk "mStar Online : RMK10 - ICT"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI