Pakatan Harapan Tanpa PAS - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Pakatan Harapan Tanpa PAS

SUBANG JAYA: Gabungan pakatan pembangkang baharu yang dikenali sebagai Pakatan Harapan akhirnya terbentuk tanpa melibatkan PAS.

Ketetapan yang diputuskan pada sidang meja bulat itu diumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Rundingan meja bulat bersetuju untuk menubuhkan sebuah pakatan pembangkang baharu yang dinamakan Pakatan Harapan dianggotai PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

"Sebuah jawatankuasa khas yang diwakili setiausaha agung dan wakil dari setiap parti akan ditubuhkan untuk memperhalusi terma-terma penubuhan Pakatan Harapan termasuklah perjanjian pakatan, dasar bersama dan etika kerja antara parti yang menganggotainya," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Terdalulu Dr Wan Azizah mempengerusikan sidang meja bulat penubuhan pakatan pembangkang baharu yang turut dihadiri wakil setiap parti dan NGO pro pembangkang.


Pada sidang media yang sama Dr Wan Azizah turut mengumumkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.

Mengulas mengenai ketiadaan PAS dalam Pakatan Harapan, Dr Wan Azizah berkata beliau masih mengharapkan kerjasama daripada semua parti pembangkang bagi menentang Barisan Nasional (BN).

"PAS diberikan jemputan, jawapan yang diberikan ialah mereka ucap terima kasih, namun menyatakan tak dapat hadir buat masa ini.

"Kita terbuka kepada mereka yang bersama menentang kerajaan rejim yang bobrok," katanya.

0 Komentar untuk "Pakatan Harapan Tanpa PAS"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI