PAC Kelantan Perlu Segera Siasat Pendedahan - Hasanuddin - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

PAC Kelantan Perlu Segera Siasat Pendedahan - Hasanuddin

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Kelantan perlu segera menyiasat beberapa pendedahan baru-baru ini mengenai dakwaan membabitkan kerajaan negeri itu, kata Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Hasanuddin Mohd Yunus.

Beliau berkata, pada dasarnya Amanah tidak berhasrat mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri.

“Namun pendedahan yang dibuat secara terbuka itu, termasuk di media perdana, telah mengundang persoalan dan persepsi yang tidak baik di kalangan masyarakat terhadap kerajaan negeri.

“Oleh itu, demi menjaga nama baik dan atas kepentingan rakyat Kelantan keseluruhannya, Parti Amanah Negara merasakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Kelantan perlu segera membuat siasatan,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Sebelum ini dilaporkan, pendedahan berkaitan projek Bandar Baru Dabong yang didakwa terbengkalai.

Projek itu sepatutnya menyiapkan 48 unit rumah teres kos sederhana rendah, 196 unit rumah teres kos sederhana, 56 unit rumah berkembar, 106 unit banglo dan 20 unit rumah kedai.

Pendedahan lain yang turut dilaporkan ialah dakwaan kegagalan mengutip RM50 juta untuk dana rumah mampu milik rakyat Kelantan dan kemerosotan keuntungan Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK), syarikat konsensi yang diamanahkan untuk menjanakan dana itu melalui kawasan seluas 8,000 hektar.

0 Komentar untuk "PAC Kelantan Perlu Segera Siasat Pendedahan - Hasanuddin"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI