Laksanakan Hudud PAS Seperti 'Letak Enjin Ferrari Dalam Kereta Kancil' - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Laksanakan Hudud PAS Seperti 'Letak Enjin Ferrari Dalam Kereta Kancil'

KUALA LUMPUR: Melaksanakan undang-undang hudud PAS di Malaysia pada masa kini seperti 'meletakkan enjin Ferrari dalam kereta Kancil' kata Syahredzan Johan.

Peguam perlembagaan itu semasa berucap pada Peace Symposium di sini berkata perintah Islam perlu dimantapkan terlebih dahulu sebelum undang-undang hudud PAS dilaksanakan.

"PAS mencadangkan bahawa pelaksanaannya akan mencapai satu keadilan, tetapi yang sebenarnya, melaksanakannya sekarang tidak adil kepada hudud atau Syariah.

"Sebaliknya hanya akan wujud ketidakadilan dan ketidaksamaan, jadi ia hanya boleh dilaksanakan apabila semua institusi di sini selaras dengan amalan undang-undang," katanya, Selasa.

Tambahnya, terdapat banyak isu berkaitan hudud PAS, yang perlu ditangani terlebih dahulu.

"Ini termasuk ketidaksamaan keadilan kepada orang Islam dan bukan Islam dan kesimpulan mengenai suatu jenayah yang dilakukan oleh orang Islam dan bukan Islam," katanya.

Syahredzan berkata sesuatu perkara itu perlu ada masa dan tempat untuk dilaksanakannya.

"Pada masa lalu, semasa zaman dahulu, apabila adanya kebuluran, hudud tidak dikenakan kerana mereka percaya ia adalah tidak adil.

"Pada masa sekarang moratorium perlu dikenakan kerana adanya krisis keyakinan dan kurang kepercayaan," katanya.

Beliau menegaskan bahawa wakil politik perlu memberi tumpuan terhadap prinsip Islam.

"Mereka perlu berhenti daripada mengabaikan semua masalah yang dihadapi oleh negara dan memberi bantuan kepada semua yang memerlukan," katanya.

0 Komentar untuk "Laksanakan Hudud PAS Seperti 'Letak Enjin Ferrari Dalam Kereta Kancil'"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI