Kerajaan Selangor Tidak Terjejas - Dr Wan Azizah - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Kerajaan Selangor Tidak Terjejas - Dr Wan Azizah

SUBANG JAYA: Pembentukan pakatan pembangkang baharu tanpa PAS tidak menjejaskan pentadbiran kerajaan Selangor pimpinan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, sehingga kini Azmin menerima sokongan padu daripada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) termasuk wakil PAS.

"Tak terjejas langsung kerana Menteri Besar mendapat sokongan majoriti Adun, malah kerajaan Selangor kekal stabil," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Terdahulu Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR mengumumkan penubuhan Pakatan Harapan membabitkan partinya, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai platform baharu gabungan pembangkang.

Pengumuman Pakatan Harapan pada Selasa selepas sidang meja bulat bagaimanapun tidak membabitkan penyertaan PAS.

DAP secara rasmi mengisytiharkan Pakatan Rakyat yang ditubuhkan pada 2008 berkubur selepas usul yang dibawa Dewan Ulama PAS bagi memutuskan hubungan dengan mereka diterima tanpa bahas pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 pada Jun lalu.

Ia susulan tindakan DAP memutuskan sebarang kerjasama dengan Hadi ekoran beberapa kenyataan kontroversinya dan disusuli dengan isu hudud yang dibawa tanpa perbincangan bersama pimpinan pakatan pembangkang.

0 Komentar untuk "Kerajaan Selangor Tidak Terjejas - Dr Wan Azizah"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI