Teresa Kok, tolong bijak beza pakaian hari-hari dengan kostum ritual - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Teresa Kok, tolong bijak beza pakaian hari-hari dengan kostum ritual

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok diminta tahu membezakan di antara pakaian seharian termasuk berurusan di pejabat Kerajaan dengan kesesuaian pemakaian kostum kebudayaan sesuatu kaum.

Budayawan, Profesor Dr Siti Zainon Ismail berkata, pakaian budaya adalah warisan dan pemakainya juga bijak untuk menggayakan busana mereka pada majlis-majlis yang tertentu.

"Pakaian ritual atau warisan bangsa sebegini bukanlah untuk dipakai sehari-hari atau semasa berurusan di pejabat.

"Ia pakaian warisan bangsa tertentu dan tidak dikenakan apabila hendak ke pasar. Rasanya semua orang tahu bila hendak memakai pakaian kebudayaan atau warisan bangsa masing-masing selain tidak dipakai sesuka hati semasa urusan seharian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dr Siti Zainon mengulas status gambar di laman Facebook Teresa yang menyifatkan pakaian setengah bogel atau 'tidak menutup aurat' selain menyindir kod pakaian Perkhidmatan Kerajaan sekarang.

"Pakaian tradisi Iban ini memang akan dilarang masuk pejabat kerajaan dengan kod pakaian Perkhidmatan Kerajaan sekarang.

"Tapi pakaian dan kostum sebegini memang telah menjadi sebahagian daripada budaya yang beraneka-corak di Malaysia. Inilah kostum dan budaya yang harus dipelihara kerana ia telah menjadi ciri dan tarikan pelancongan di Malaysia," kata Teresa ketika dipetik di laman Facebooknya.

Dalam pada itu kata Dr Siti Zainon, kenyataannya mengenai pakaian itu harus dilihat sebagai satu penghormatan kepada kostum budaya.

"Saya bukan menghina kaum ini tetapi menghargai warisan budaya mereka. Tidak kira kostum Iban atau mana-mana bangsa lain, ia sesuatu yang harus dihargai," jelasnya.

Sebelum ini Dr Siti Zainon menggesa Kerajaan untuk mewujudkan satu portfolio khas jawatan Menteri Kebudayaan yang bakal menjadi ikon berbusana serta pemakaian rakyat di majlis keraian serta santai di negara ini.

Katanya, keperluan itu perlu dipenuhi segera sekali gus memenuhi gaya pemimpin yang tahu nilai berbudaya.

0 Komentar untuk "Teresa Kok, tolong bijak beza pakaian hari-hari dengan kostum ritual"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI