Parti Islam baru atau gerakan Islam baru? - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Parti Islam baru atau gerakan Islam baru?

"Assalamualaikum,,, Menjelang aidil fitri yang bakal tiba, Kita sedang menanti munculnya sebuah parti baru yang dikatakan akan mengantikan PAS sebagai sebuah parti Islam.Kita semua menunggu parti yang ditubuhkan olih ahli ahli PAS yang dikatakan progresif dan profesional.Tetapi apa yang lebih penting ialah survival parti baru itu nanti.Sebahagian berpendapat parti baru ini akan menjadi parti cacing yang usianya tak akan lama tetapi sebahagian yang lain terutama untuk mereka mereka yang dahagakan kemenangan pilihanraya parti baru itu nanti akan berbeza dengan parti parti cacing yang pernah ditubuhkan sebelum ini.

Hujah kuat mereka ialah perubahan zaman, zaman kini berbeza dengan zaman parti parti cacing yang pernah ada.Sejarah lama itu tidak bolih disamakan dengan zaman kini dan sejarah lama itu tidak ada kena mengena dengan parti baru itu nanti.Yang tidak disebut ialah penubuhan parti cacing yang lalu ditaja olih UMNO tetapi parti baru nanti tidak akan mendapat sedikitpun sentuhan UMNO.Yang juga tidak didedahkan siapa bakal menjadi penaja parti baru nanti? Apakah kumpulan G 18 yang dikatakan kumpulan utama yang bakal menentukan parti baru ini nanti mempunyai dana kewangan yang mencukupi untuk memulakan parti baru itu nanti atau ada penaja penaja luar yang sanggup menajanya.Soalan yang lebih dulu perlu dijawab sebelum mahu mendakwa sejarah lama tidak sama dengan situasi semasa.

Begitu juga kalau nak dikatakan parti baru itu nanti akan mampu menyaingi PAS dalam mengumpulkan dana juga perlu kepada pemerhatian yang cukup teliti.Ini kerana PAS sudah melalui berbagai bagai zaman yang berbeza beza dalam menempuhi cabaran dan kini sudah terbukti mampu mengumpulkan dana sedangkan pemimpin parti baru itu nanti masih diragui keupayaan mereka untuk menarik masuk dana menerusi ceramah yang diadakan.

Keupayaan menarik dana ini pula berkait rapat dengan taraf keilmuan yang ada di kalangan pemimin parti baru itu nanti.Mampukah parti baru menjadi wadah gerakan Islam yang syumul? Dengan taraf ilmu yang ada dikalangan kepimpinan mereka mampukah mereka muncul untuk mengantikan PAS sebagai sebuah gerakan atau jemaah Islam?

Apa yang dapat diperhatikan setakat ini, keupayaan untuk muncul sebagai gerakan Islam amat jauh sekali, tetapi untuk mengantikan PAS sebagai sebuah parti politik yang pula ditaja olih puak puak yang inginkan Putra Jaya mungkin.Mengantikan PAS bermakna mengambil tempat PAS dalam PR, itu perkara yang bolih dicapai olih parti baru nanti dan merupakan perbezaaan ketara dengan parti parti cacing yang lampau yang ditaja penuh olih UMNO.Mat Sabu yang dikatakan bakal memimpin parti baru itu harus sedar kerana beliau merupakan seorang yang mahir dengan sejarah kepimpinan cacing yang rata ratanya menghabiskan sisa sisa hidup sebagai ahli UMNO.

Untuk lebih jelas, kalau yang bakal menaja parti baru nanti ialah DAP, maka Mat Sabu juga harus menimbangkan satu kemungkinan ia itu hidup Mat Sabu di kemudian hari ini bakal dihabiskan sebagai ahli DAP! Ingatlah parti baru itu bolih dinamakan parti Islam selagi membawa makna yang pernah cuba dipromosikan olih bekas presiden PAS. arwah Dato Asri ia itu ahlinya terdiri dari orang   Islam( walaupun ideologinya sekular dan liberal) tetapi parti baru itu nanti tidak akan mampu menggantikan PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang menyeluruh atau dengan makna yang lebih tepat dan mudah, sebuah jemaah Islamiah yang ada dii Malaysia di mana seorang yang mengaku Islam dan benar benar patut kepada ajaran Rasul,  seharusnya menyokong penuh tanpa sedikitpun dipengaruhi olih sekular dan liberal.

0 Komentar untuk "Parti Islam baru atau gerakan Islam baru?"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI