Shahrir Tolak Dakwaan Palanivel Akan Sertai DAP - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Shahrir Tolak Dakwaan Palanivel Akan Sertai DAP

JOHOR BAHARU: Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyangkal dakwaan bahawa baru-baru ini  bekas Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dikatakan mahu menyertai parti DAP.

"Saya tidak percaya dengan cerita kalau kecewa, nak masuk DAP lah, masuk PKR lah, PAS dan sebagainya, semua itu tidak betul. Itu semua saya ingat warna-warni dalam pergolakan politik," kata beliau kepada pemberita selepas majlis Kacau Dodol Perdana, di sini petang Jumaat.

Shahrir, yang juga anggota Parlimen Johor Baharu berkata perkara itu hanya spekulasi yang tidak patut diada-adakan dan pihak yang ingin menyelesaikan masalah tersebut harus bertenang.

"Kita nak selesaikan kebuntuan masalah MIC kena ada ketenangan, kebijaksanaan serta kewarasan," kata beliau.

Shahrir berkata sekiranya masalah itu diselesaikan dengan gelojoh, maka akan merumitkan keadaan, tambahan lagi sekiranya ada pihak yang mengapi-apikan, ia akan membawa kepada masalah yang lebih serius.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan kononnya Palanivel dikatakan ingin menyertai DAP setelah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu hilang keanggotaannya dalam MIC.

Sementara itu, bagi program Kacau Dodol Perdana, Shahrir berkata program yang dianjurkan oleh UMNO Johor Baharu itu memberi peluang kepada masyarakat merasai sendiri pengalaman membuat dodol.

Beliau berkata pembuatan dodol yang memerlukan pelaburan masa, tumpuan dan fokus itu, akan turut dijadikan aktiviti tahunan bagi memeriahkan bulan Ramadan sekali gus menghidupkan kembali tradisi di kampung.

Bagi program kali ini, sebanyak 13 kumpulan akan menghasilkan sejumlah 300 kilogram dodol dan bakal mengagihkan 600 bungkus dodol seberat setengah kilogram setiap satu kepada orang ramai nanti.

0 Komentar untuk "Shahrir Tolak Dakwaan Palanivel Akan Sertai DAP"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI