Pakatan pembangkang perlu masa dan persefahaman – Xavier Jayakumar - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Pakatan pembangkang perlu masa dan persefahaman – Xavier Jayakumar

Dakwaan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof Dr P. Ramasamy bahawa hubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS masih kabur serta tiada kata putus, adalah tidak wajar.

Ketika bercakap kepada The Rakyat Post pada Jumaat, Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar menjelaskan, Ahli Parlimen DAP itu tidak sepatutnya mencampuradukkan `dendam peribadi' ke dalam perjuangan politik.
"Walaupun PAS dan DAP mempunyai perbezaan masing-masing, namun ini bukan masanya untuk pembangkang terus suram.

"Bagaimana dia boleh mempersoalkan kedudukan PKR dengan PAS dan DAP di Selangor memberi manfaat kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, apatah lagi Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS?" soal beliau.

Dengan mempersoalkan pentadbiran Selangor dan menggambarkan kedudukan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali sebagai `rapuh', Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Andalas itu memberi amaran kepada Ramasamy bahawa sebarang krisis yang timbul daripada kenyataan itu boleh kembali menghambat Pulau Pinang dan Kelantan.

"Dalam aspek itu, Mohamed Azmin jelas telah mendapat persetujuan DAP dan PAS secara lisan dalam gabungan longgar itu untuk manfaat rakyat dan pembangkang. Mengapa cuba merosakkannya?"

"Ia memberi kesan kepada semua orang dalam pembangkang. Adakah kita mahu melihat keyakinan rakyat kepada pakatan terhakis dengan ketidaktentuan, berikutan pertelingkahan yang tidak sepatutnya?" katanya.

Xavier berkata, pada masa ini, pemimpin pakatan itu, terutamanya daripada DAP dan PAS perlu bertenang, berikutan kegawatan yang berlaku antara kedua-dua pihak.

"Masa dan persefahaman diperlukan. Bukan hanya DAP, tetapi di kalangan profesional PAS, berikutan kekalahan mereka dalam pemilihan parti itu.

"Mereka perlu berfikir dan merenung apa yang perlu dilakukan seterusnya dan terbaik untuk pakatan pembangkang.

"Sama ada Pakatan 2.0 atau gabungan baru ditubuhkan, ia bergantung kepada mereka. Jadi, berhentilah membuat spekulasi lagi," katanya.

Itu reaksi Xavier susulan portal berita Free Malaysia Today melaporkan Ramasamy yang mempersoalkan sama ada PKR dan PR masih wujud, selain jika usahasama boleh wujud di Selangor, tanpa kerjasama antara DAP dan PAS.

Tambahnya, Mohamed Azmi yang juga Timbalan Presiden PKR kini menghadapi cabaran paling sukar, untuk cuba mengelakkan konfrontasi terbuka antara PAS dan DAP.  - The Rakyat Post

0 Komentar untuk "Pakatan pembangkang perlu masa dan persefahaman – Xavier Jayakumar"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI