DAP....apa moral anda? SIRI 2 - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

DAP....apa moral anda? SIRI 2

" Wajah sebenar DAP mula jelas apabila dua perkara berlaku iaitu :
1) PAS mahu bawa hudud di Kelantan untuk orang Islam sahaja.
2) Presiden PAS TGHaji Hadi dilantik sebagai Timbalan Majlis Ulamak Dunia berketuakan Dr Yusof Qaradawi.

DAP mula gelabah.Mengapa ?
Jika difikirkan apa kaitan hudud untuk orang Islam dengan DAP.DAP boleh masuk masjid buka puasa.Wanita DAP boleh pakai selendang sampaikan bantuan untuk masjid dan surau.Pemuda DAP senang hati baca petika Al Quran.

Apa yang peliknya untuk menentang hudud yang hanya untuk orang Islam?Mesti ada motif.Ianya juga berkaitan dengan perlantikan Presiden PAS sebagai orang no 2 selepas Dr Yusof Qaradawi.

DAP bimbang jika hudud dilaksanakan di Kelantan,rakyat Malaysia terutama non muslim akan melihat keadilan Islam dan mula mengkaji tentang hudud.Ini akan berlaku perbandingan hukum Allah dengan hukum manusia oleh rakyat Malaysia.

Manakala perlantikan TG Haji Hadi satu pengiktirafan ilmu dan kepimpinan beliau oleh dunia Islam.Lebih-lebih lagi Dr Yusof adalah pernah dipilih Tokoh Maal Hijrah kerajaan Malaysia dahulu. Kebimbangan DAP seperti kebimbangan Amerika terhadap perlaksanaan hukum syariat di seluruh dunia.

Cumanya Amerika ada bala tentera dan CIAnya.DAP hanya ada roket yang hampir "lupus tarikh".Tunggu masa untuk meletup!

Amerika gunakan hujah "pengganas,Al Qaeda,Usamah bin Laden,Taliban,ISIS dan bom kimia "untuk serang secara ketenteraan terhadap negara Islam.

DAP pula gunakan taktik :
1) Musnahkan peribadi TG Haji Hadi dengan label pengkhianat,penipu dan berkuasa besar.
2) Musnahkan title ulamak(bukan ulamak PAS sahaja!) dengan gelaran gila kuasa,tidak boleh dipercayai,buruk perangai.Ini untuk bentuk persepsi masyarakat agar membenci ulamak.
3) Lagakan golongan ulamak dengan professional dengan cara menyokong cara pemikiran professional.Lihat cara DAP raikan serpihan PAS PasMA dan ADUN Hulu Kelang dan Morib ketika mereka dikenakan tindakan tatatertib.

Cuba anda cari dalam sejarah politik BN,tiada satupun parti kompenan BN meraikan mana-mana anggota BN yang dihukum oleh parti mereka.Pelik perangai DAP ?

DAP dan akhbar talian Malaysiakini mempunyai agenda yang sama.Pecah belahkan kesatuan umat Islam.

Jika UMNO terkenal dengan meniupkan perkauman jika terdesak,maka DAP pula hidupkan momokan," PAS ingin bersatu dengan UMNO" jika setiap kali PAS ingin tegakkan hukum Allah.DAP menyalak demikian agar PKR dan anggota PAS meragui kepimpinan ulamak terutama TGHaji Hadi.

Sebenar DAP lupa bahawa "game is over "bagi PAS jika mana-mana parti lawan PAS menyokong hudud walaupun ianya UMNO,MIC,MCA,PBB hatta Partai Komunis Malaya(PKM) ! PAS sendirinya akan terbubar.

Hari ini DAP suka sakan melihat PAS berpecah dua.Ingat...langit tidak semestinya selalu mendung.

0 Komentar untuk "DAP....apa moral anda? SIRI 2"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI