Menjelang hari ke-4 kes Liwat II, penyokong Anwar berkurangan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Menjelang hari ke-4 kes Liwat II, penyokong Anwar berkurangan

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Istana Perhakiman, Putrajaya, pagi ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 31 Oktober, 2014.

Menjelang hari keempat rayuan Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini, kira-kira 50 penyokong ketua pembangkang itu berkumpul di hadapan Istana Kehakiman setakat jam 9 pagi.

Senario ini berbeza seperti hari sebelumnya yang menyaksikan lebih ramai penyokong Anwar berhimpun dengan berlaku pergaduhan kecil dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) bersilih ganti menyampaikan ucapan.

Hari ini giliran pasukan pendakwaan yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk menyampaikan hujah kepada mahkamah selepas tiga hari pasukan pembelaan yang diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram berhujah kepada mahkamah.

Semalam, peguambela Anwar, Ramkarpal Singh ketika membuat penggulungan berkata, seorang doktor Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid dalam keterangannya memberitahu mahkamah tidak ada sebarang penatrasi berlaku ke atas dubur pihak yang menuduh, Mohamad Saiful Bukhari Azlan.
Katanya, Dr Osman ketika memeriksa Saiful tidak menemui sebarang kesan kecederaan walaupun Saiful mengadu sakit.

Ramkarpal berkata keterangan Dr Osman yang merupakan saksi pembelaan, tidak dipertimbangkan "sama sekali" oleh mahkamah.

Katanya, terdapat banyak keraguan daripada dakwaan awal Saiful bahawa objek plastik dimasukkan ke dalam duburnya. – 31 Oktober, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/menjelang-hari-ke-4-perbicaraan-liwat-ii-penyokong-anwar-berkurangan#sthash.lmyrRehm.dpuf
0 Komentar untuk "Menjelang hari ke-4 kes Liwat II, penyokong Anwar berkurangan"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI