Khalid syor PAS bantu PasMa ‘tumbangkan’ Umno/BN - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Khalid syor PAS bantu PasMa ‘tumbangkan’ Umno/BN

Oleh Adam Abu Bakar

khalid-samad

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hairan dengan reaksi negatif sesetengah pemimpin PAS yang menghalang dan mengharamkan ahlinya daripada menyertai PasMa.


“Mungkin akan ada yang mengatakan saya terlalu ‘naif’ sehingga tidak menyedari ‘bahaya’nya PasMa.
“Mungkin juga akan ada yang berkata saya tidak marah kerana saya bersama mereka, seperti yang didakwa oleh pihak yang menyebar apa yang didakwa sebagai senarai AJK PasMa apabila ianya didaftarkan,” tulisnya di dalam blog www.khalidsamad.com.
Baginya, PasMa adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang telah mengisytiharkan dirinya bersama PAS dan PR. Mereka ingin menjatuhkan UMNO/BN dan menyumbang kearah memperkukuhkan PR.
“Kalau dengan pengisytiharan sejelas itu pun kita masih ragu dan tentang PasMa, saya tidak mampu mengatakan apa-apa selain, ‘saya hairan’,” ujarnya lagi.
Jelasnya, jika mengikut perlembagaan PAS, tidak menjadi kesalahan sekiranya ahli PAS menjadi anggota mana-mana NGO. Malahan berkerjasama dengan NGO adalah di antara kegiatan yang dinyatakan dalam perlembagaan PAS.
“Kecuali sekiranya NGO tersebut mempunyai matlamat yang bercanggah dengan PAS. Tetapi sekiranya NGO tersebut mempunyai matlamat yang sama atau tidak bercanggah, maka tiada masalah ianya menerima sokongan dan penyertaan dari ahli PAS,” ujar beliau lagi.
Tambah Khalid sekiranya ada pimpinan yang menentang penubuhan PasMa, jangan marah sekiranya rakyat mendakwa bahawa PAS ingin dibawa keluar dari PR oleh pimpinan tertentu.
“Matlamat utama di sebalik penubuhan PasMa, mengikut kata Presidennya, adalah untuk memastikan PAS kekal bersama PR.
“Sekiranya matlamat ini selari dengan matlamat pimpinan PAS, mengapa perlu menentang PasMa dan melarang ahli dari bersama PasMa?” soalnya.

“Oleh kerana matlamat PasMa adalah sebenarnya selari dengan matlamat PAS seperti yang diputuskan dalam muktamar, iaitu istiqamah bersama PR, saya syorkan PAS membantu PasMa dan tidak sebaliknya. Lebih-lebih lagi mereka yang bersama PasMa kesemuanya orang PAS dari dulu lagi,” katanya. - FMT
0 Komentar untuk "Khalid syor PAS bantu PasMa ‘tumbangkan’ Umno/BN"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI