Shafee: Saiful Bukhari saksi berkredibiliti - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Shafee: Saiful Bukhari saksi berkredibiliti



BeritaPUTRAJAYA - Ketua Pasukan Pendakwaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu bahawa bekas pembantu peribadi Ketua Pembangkang, Saiful Bukhari Azlan, 29, adalah saksi yang mempunyai kredibiliti.

Menurutnya, kredibiliti Saiful Bukhari yang juga pengadu dalam kes liwat ini telah diputuskan semasa prosiding di mahkamah tinggi dan Mahkamah Rayuan yang lepas.


"Saya lihat beberapa isu yang dibangkitkan oleh peguam bela hari ini adalah bukan isu baru dan ianya adalah seperti yang dijangkakan.

"Kami sudah bersedia dengan jawapan untuk menjawab isu tersebut," katanya kepada wartawan di luar kamar Mahkamah Persekutuan semalam.

Ditanya adalah ini kali pertama beliau 'beraksi' bersama Peguam Utama Pembelaan Tan Sri Gopal Sri Ram, Muhammad Shafee menafikannya.

"Saya pernah bersamanya dalam kes pecah amanah dan pada waktu itu saya memegang jawatan Timbalan Pendakwa Raya," katanya. - SH 

0 Komentar untuk "Shafee: Saiful Bukhari saksi berkredibiliti"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI